WEBMISTRESS DISCLAIMER TAGBOARD

Hello creatures! Welcome to my blog! Click the tabs above to explore my blog. This blog is written in Malay and sometimes English.Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a bag tag!
Photo of the everyyear

Postgirl
Perkhidmatan Postgirl boleh dibuat melalui :
Yahoo Messenger
sakura_alyyn@yahoo.com
Email
amaleenhanis@yahoo.com

Cerita lama
Februari 2010 Mac 2010 April 2010 Mei 2010 Jun 2010 Julai 2010 Ogos 2010 Oktober 2010 Disember 2010 Januari 2011 Februari 2011 Jun 2011

Perbualan

DarLinks

Abe's blog |Karnadya | Myaarmstrong | Farissa Hany | Hasif Hamsyari

Pengikut

Novel

RM10.90
Story is about a family and how the twins deal with their abang angkat
Classify as 18sx U
Simple. Senang di baca. Ada pictures. Fun. For you kids.
My first novel and maybe the new one will come out next year.
More into childhood memories, awkward moment, missing love, stupidity of the twins.
MY FIRST ATTEMPT. Wohoo! ♪

Coffee Shop

Where I always visit with a glass of choco milk ♥

♥ Body MassIndex Calculations
♥ WikiHow
♥ LuvClothez
♥ News
♥ PakarHowTo

Photoshop
Panda menekan kekunci keyboard @ 2:54 PTG
Adobe Photoshop

Rasanya ramai dah tahu dan ada Adobe Photoshop ni, tak kira version 7, Cs2,Cs3 atau yang terbaru Cs4 (heh, kalau ada pun entah tahu guna entah tidak) Ciss. Blah kau sekarang Panda.
Haha.

Saya tahu kewujudan perisian ni pun masa muda-muda dahulu. Ececeh. Dulu Form 1, addict dengan Myspace. Tengok dia orang edit gambar. Lawa. Terus beli Adobe Photoshop. Cerita Tamat. HAHAHA.

Tapi, kalau nak kuasai tu memang memakan masa. Ha, tengok saya. Dah masuk lima tahun bermain-main dan godek sana godek sini tapi tak berkembang-kembang juga knowledge. Buku panduan dia mahal macam *&%&(*&*(. Duit bawa belanja sekolah sehari tak sampai RM2 T______T.

Apa yang saya buat hanya search tutorials di enjin carian tapi kalau bagi yang otak block atau dalam bahasa sopannya ; lembap (haha) memang tak akan faham apa yang ditulis lebih-lebih lagi kalau keterangannya tidak disertakan dengan screenshot. Huh. Juling mata 90 darjah belum tentu dapat faham.

Dunia semakin maju mengikut arus globalisasi (ha, macam karangan BM je?), tiada lagi buta ICT. Tapi, akan wujud buta PHOTOSHOP. Penggunaan Photoshop sangat meluas dalam apa jua bidang yang dikuasai lebih-lebih lagi perkomputeran. Masa kecil ni lah kena belajar segala macam benda.

; Semalam buat folio PSV (Pendidikan Seni Visual) pun kena guna Adobe Photoshop beb! Nasib baik knowledge yang tak seberapa ni dapat diterapkan kalau tidak, heh mesti dapat markah &(*$(* . Lepas tu SPM pun (@^#$@*(#.

Nak beli Adobe Photoshop ni digalakkan. Harganya taklah mahal sangat cuma RM10 original okay!

p/s: entri dipostkan setelah dengan bangga dan kembang hidungnya, folio PSV *COMPLETE* dengan cantik, sempurna dan da-bomb! :))

Insya-Allah, kalau saya ada masa saya akan cuba berikan tutorials atau knowledge yang saya ada tentang Photoshop ini. Beserta dengan screenshots lagi. Jadi, puji atau bodek ayah atau ibu atau atuk anda (hoh?) untuk beli Adobe Photoshop Cs2 ini dan laptop sendiri. Nanti tak payah berebut. HAHAHA.

Ilmu yang ada perlu diajar. Orang yang tak nak kongsi ilmu dianggap kurang ajar. HAHAHA.

apa-apa pun ;
; apa tujuan entri ni?

Label:


Buku
Panda menekan kekunci keyboard @ 3:42 PTG
Buku

okay, entry kali ini tiada kena mengena dengan buku sekolah, buku kokurikulum, mahupun buku 555. Hoh?
Dan juga, entry kali ini tiada siri novel kegemaraan makcik-makcik di luar sana iaitu Twilight. Maaf. Novel pelik tak rock begitu bukan layanan saya. Bukan bertaraf VIP senang cerita.
Boleh tak stop ingat tentang Edward Cullen itu? Okay, baca bebelan saya lagi bagus.

Bila cerita pasal buku, saya boleh mengaku yang saya sanggup bercinta dengan buku daripada bercinta dengan haiwan. Eh..tak tak. Dengan manusia. So, saya sangat membosankan orangnya. Haha. Terima aje la hakikat. Siapa suruh baca?

Jadi, last week. Rakan-rakan sekelas suka bawa novel yang romantik but mainly English since Malay novel over dos pasal cinta lepas tu kahwin. Meaning ; kami masih di sekolah. Nanti kena rampas dek guru, bukan? Nanti nama kena blacklist. Haha, innocent konon. Menyampah.

If you could see me now yang dikarang oleh Cecelia Ahern adalah novel yang sangat comel dengan magic segala. 1st round baca, saya sudah taksub (addict). Percaya atau tidak, sudah masuk kali ke -6 saya mengulang membaca buku ini. Cover dia sangat cun dengan dua warna kegemaraan saya, Pink and Brown. Pandai dia orang pilih warna yang attract readers suruh beli. Bukan?

Saya nak tulis sesuatu lah, kalau nak layan, layan sahaja.
Aww, Ivan Ivan, my sweet guardian angel. HAHAHA,

My friends pun macam,
"Macam dah tak betul dah Leen ni,"
Yea. Betul. Betul. Ini lah dinamakan mabuk kepayang.
Nanti tak payah sudah nak bercinta dengan manusia lain, bercinta dengan watak novel pun macam sudah boleh blah.

Berbanding dengan Ps I LOVE YOU, saya lagi suka If you could see me now. Bahan bacaan sangat ringan, humor yang tak dibuat-buat, perwatakan karektor itu yang berbeza, dan garapan cerita cinta yang bukan manusia x manusia tetapi manusia x angel. HAHAHA,

Tetapi, novel itu macam akan menghabiskan riwayatnya bila-bila masa sahaja. Kulit covernya sudah nampak kesan lipatan, dan bahagian tengahnya sudah terpisah. Kenapa guna glue gum biasa? Gunalah glue gam gajah!
Nanti nak balut dengan cover plastik buatan sutera cina dan glue gam tidak-boleh-tanggal-forever.

; Nampak saya ini sangat bersungguh membaca bukan? :)

Okay. Sudahlah membebel pasal If You Could See Me Now.

Teringat pula satu novel English bertajuk A Child called 'it'. Sebuah cerita yang berkisarkan pengalaman author itu sendiri. Child abuse, memang kalau baca rasa kasihan dan benci kepada ibu kanak-kanak itu meluap-luap. Lebih-lebih lagi, kisah benar. Kanak-kanak yang comel itu sepatutnya dihugs, kiss and lullaby tahu? Bukan untuk dijadikan slave T___T .

Namun begitu, saya tidak dapat lari daripada menghabiskan sekotak tisu Tesco. Di dalam tong sampah sudah banyak carikkan tisu-tisu. Huh. Memang ratu air mata.
Di tambah lagi dengan lagu, sadness and sorrow OST NARUTO yang tangan saya gatal pergi buka mp3. Memang banjir T_______T. Nasib baik air hingus tak keluar juga.

Jenny Kailing yang bagi saya pinjam. Thank you dear :)

apa-apa pun,
; Bila nak pergi Kinokuniya?

Tadi pergi sekolah. Ramai rakan-rakan tanya kenapa semalam cuti?
"Saya ambil cuti bersalin,"
HAHAHA, terdiam kamu semua ya.

Tapi, saya sangat bersyukur dan thankful. Even though sehari tak datang sekolah ramai tanya kenapa.
Bukankah sangat harmoni kehidupan kami?
Saya rasa disayangi

Label:


memasak
Panda menekan kekunci keyboard @ 6:42 PTG
Lunch

"Kita nak makan apa hari ni, kak?" tanya Papa sambil membelek-belek akhbar The Stars di tangan.

Termenung sekejap. Tapi, jari-jemari ligat menekan click facebook rakan-rakan. Tengok jam dah pukul 11.30 pagi. Kejap lagi tengahhari. Jadi, dengan semangat yang jitu terus mengclick website (Myresipi.com).

Dalam hati dah semangat nak cuba macam-macam. Konon. Kononlah. Tapi, memandangkan ingredients macam tak ada, terus tak jadi nak masak "macam-macam" tu. Anyway, stok ayam macam banyak tak boleh blah. Hoh? Haha, Jadi, search 'ayam' dan terjumpa Ayam Masak Pedas. Ceeh, lauk simple (Tiba-tiba bangga kerana dirasuk syaitan) okay okay. Agak susah juga tu sebab nak harapkan saya ini yang baru merangkak belajar memasak, tiba-tiba hangus pula kitchen lepas tu kena marah dengan papa, mama, boboy dan periuk belanga.
Okay, malas la nak membebel.

Jadi, selama 50 minit tu terhidang jugalah ;
Ayam Masak Pedas,
Sup Sayur ABC ,(ni Chinese friends beritahu caranya, xie xie :) )
Nasi putih. Haha, bajet je.

Peliknya, tiba-tiba je saya tak nampak Encik Halia. Ke mana dia menghilangkan diri? Sudahlah kuning, buruk pula tu rupanya. Haih. Tak menyengatlah sup.
Tapi, tak apalah. Saya main taram je nak letak dalam sup tu sebab apa yang penting, banyak sayur-sayuran dan boleh ditelan. (Jangan cakap kerjasama, sudah kebas telinga)

Walaupun tidak dapat mengalahkan masakan Chef Wan, nampak jugalah rupa Ayam Masak Pedas, Sup Sayur ABC, dan Nasi Putih tu. Kan? Daripada hangus hitam macam orang bujang first try memasak.

Lain kali, nak cuba buat lauk bertemakan 'seafood' pula.
Lebih-lebih lagi ikan. Udang sudah boleh blah. Setiap kali memegang dead body ikan rasa macam geli. Di samping matanya yang tajam memandang sehingga menusuk hati. Haha. Mak mentua tengok mesti fail jadi menantu T__T.

apa-apa pun;
; Boboy dah tiga kali tambah nasi :) . (Tak heran, boboy tu kan banyak makan? Duh! )

rasa macam dah terror memasak lah. Haha.


Cuaca sejak semalam asyik hujan dan mendung. Sangat menyenangkan hati :).

maksud ;
tak payah siram pokok bunga dan laundry hari ini. Yay!

Label:


belajar
Panda menekan kekunci keyboard @ 3:34 PTG
Teringat dulu cikgu selalu pesan,
"Janganlah belajar last minute satu benda tak masuk,"
Tiba-tiba, teringat pula dekat satu paper Sejarah yang secara suratan atau kebetulan terjumpa di celah-celah file sekolah. Apalagi, terus scan dengan bantuan Boboy.


Haha. Boleh pecah perut baca. Itu baru satu page. Ada lagi page yang lain. Rasa macam nak siarkan tapi takut "tuan empunya" akan melepaskan kegeraman dengan WWE kami dua beradik jadi biarlah rahsia. Perhatian. BUKAN SAYA PUNYA. Saya bukanlah pelajar yang berani mati buat macam tu jadi apa yang mampu saya katakan, dia adalah seorang lelaki. Saya kenal. Tua setahun. Perangai gila-gila. (Bukan ayah saya) Haha. Fikirlah sendiri.

Nasib baik cikgu itu sporting. Kalau dibuatnya cikgu tu jenis 'makan' orang? Tak ke naya tu?
Lukisan dia macam boleh blah lagi. Nasib baik dia tak guna orang lidi. At least, bakat seni itu mampu ditonjolkan :).

Teringat dua bulan yang lepas, adik tunjukkan satu karangan murid darjah satu. Memang lawak boleh blah. Rasanya, cikgu yang tanda kertas tu pun tension sebab kena tulis "Buat sekali lagi. Hai.. budak budak. Rindu pula.

Dah nak habis sekolah dah ini kan, rasa macam akan rindu zaman muda-muda dulu. Memang nakal dan ligat ke sana ke mari. Tapi, sekarang. Setiap hari kena pakai cermin mata 24'inci sebab nak baca Biology's Reference book. Haih.

Apa-apa pun ,
; Belajar sebelum di ajar. Haha.

Label:


Ucapan pembuka kata
Panda menekan kekunci keyboard @ 2:24 PTG
Orang lain ada blog saya pun ada ya?
Haha. Entah mengapa walaupun sudah ada blog di Livejournal masih lagi ingin mengikut trend remaja-remaja sekarang dengan berblogkan Blogspot. Tak apalah, asalkan hati puas. Kalau nak diikutkan hati, mengapa nak blog sampai ada dua? Hai, manusia.
Sebenarnya, blog di Livejournal tu tak up-to-date langsung. Nak letak cbox, mixpod.com, facebook banner dan etc.on tak boleh. Bukankah menjengkelkan? Haha. Sekarang orang sibuk meletakkan Nuffnang sebagai sumber kewangan mereka. Saya pun tak tahu macam mana benda itu hidup provide money tapi biarlah. Lama-lama tahu juga.
Anyway, rakan-rakan yang lain mana ada guna Livejournal. Memang nampak lame gila kalau guna Livejournal. Macam,
"Leen, you ada blog?"
Ada. Ada.
"Eh, Livejournal tu apa?"
Haha. Memang memalukan. Mungkin dia ingat saya guna blogspot, wordpress atau blog sendiri.Akhirnya semua berdebat betapa hebatnya Blogspot ini. Okay okay. Kita tengok, sehebat mana menatang bernama Blogspot ini. Kalau tak saya blah dalam masa sebulan. Haha.

Jenny Kailing lah yang tanya. Chinese friend saya yang comel tu.

  • Peraturan
    Perhatian adik-adik sekalian.
    Rasanya dah ada peraturan dekat tepi ni -> tapi entahlah. Ramai manusia di muka blogspot ini kadang-kadang pandang dengan sebelah mata. Tak mengapalah. Tanggungjawab saya untuk memberitahu anda balik. Itulah gunanya kawan. Ececeh.
    ::Diingatkan sekali. No vulgarities allowed kerana bukan sahaja akan menjatuhkan maruah namun mencabarkan kredibiliti sebagai anak Malaysia. Jadi, kalau nak tegur cubalah tegur secara berhemah dan saksama.
    ::Saya adalah seorang gadis. Jadi, blog ini pun bertema semacam gadis jugalah kan? Ada bantahan? Ada? Blah sekarang.
    ::Boleh gelar saya macam-macam seperti yang tertakluk di dalam ruangan ini { Panda, Leen , Nik , Amaleen , Hanis } yang lain? Semacam tidak boleh.
    ::Kawan saya kata saya guna bahasa baku. Hoh? Salah? Takkan?
    ::Blog berbahasa Melayu / Enlish. Jadi, bukalah kamus dwi-bahasa anda.
    ::... kehilangan kata-kata. Sudahlah. Silakan membaca. Bye.