WEBMISTRESS DISCLAIMER TAGBOARD

Hello creatures! Welcome to my blog! Click the tabs above to explore my blog. This blog is written in Malay and sometimes English.Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a bag tag!
Photo of the everyyear

Postgirl
Perkhidmatan Postgirl boleh dibuat melalui :
Yahoo Messenger
sakura_alyyn@yahoo.com
Email
amaleenhanis@yahoo.com

Cerita lama
Februari 2010 Mac 2010 April 2010 Mei 2010 Jun 2010 Julai 2010 Ogos 2010 Oktober 2010 Disember 2010 Januari 2011 Februari 2011 Jun 2011

Perbualan

DarLinks

Abe's blog |Karnadya | Myaarmstrong | Farissa Hany | Hasif Hamsyari

Pengikut

Novel

RM10.90
Story is about a family and how the twins deal with their abang angkat
Classify as 18sx U
Simple. Senang di baca. Ada pictures. Fun. For you kids.
My first novel and maybe the new one will come out next year.
More into childhood memories, awkward moment, missing love, stupidity of the twins.
MY FIRST ATTEMPT. Wohoo! ♪

Coffee Shop

Where I always visit with a glass of choco milk ♥

♥ Body MassIndex Calculations
♥ WikiHow
♥ LuvClothez
♥ News
♥ PakarHowTo

GADIS MALAYSIA PULANG DARI TANAH ARAB INGIN MEMAKAI PURDAH. (?)
Panda menekan kekunci keyboard @ 3:40 PTG

Hola everybody.
Aik, tiba tiba macam baru balik dari Hawaii o-la-la?
Assalamualaikum semua. Macam dah berkurun tiada entry nampaknya.
:') How I miss writing. Eceh, macam ada orang baca pun T_T fine.

Pada 18 April 2010 yang lepas saya dan keluarga telah menaiki pesawat dan menuju ke tanah arab.

Ayat tak boleh blah macam nak buat ayat untuk karangan rumusan T_T. Lebih kau ya. Dua minggu ambil notice tak pergi sekolah konon-konon rindu nak buat karangan bahasa melayu la tu. Macam seronok pula cuti dua minggu lepas tu kawan-kawan tanya, "Eh, Panda Bulat mana? Dah pindah eh?" Dan lebih menyedihkan kalau ada yang menjawab dengan gembira "Woohoo". Aik, macam kisah lara je? HAHAHA. Tapi memang menyedihkan kalau pergi sekolah Isnin minggu depan pastu kawan kata "Hai" je. Aiyoo.

Eh, sudah melalut pula.

Okaylah. Dua minggu yang lepas saya berada di Tanah Arab dan berasa amat teruja kerana memiliki passport sendiri pastu gambar passport pipi tembam dan mata sembab sebab tak cukup tidur baca buku padehal main game dengan adik. Isk. Lebih-lebih lagi lebam di bawah mata semakin 'bergumbira' meluaskan empayarnya. Ingat lagi entry Panda mata lebam itu? HAHA.

Ha, jadinya. Saya dan keluarga pergilah ke tanah arab ingin mengerjakan umrah dengan pakage An.lusia. Eh, biasa dia. Nak kena dengan pihak Andalusia ni T_T. Okay okay. Kami sekeluarga ambil pakage yang ditawarkan oleh pihak Andalusia. Memang teruja tahu tak pergi sekolah dua minggu hohoho. Semua orang sibuk dengan Open Book Test di sekolah dan bertungkus lumus nak kumpul markah 5% saya Open Eyes See Abang Arab Yang HOT HOT . Tengok? Macam tiada keinsafan kan?

Jadinya, saya macam Panda masuk negara Arab tahu sampai sahaja di airport Saudi Arabia Airlines. Di sana sini mata meliar melihat orang arab sahaja. Sekejap sekejap, "Eh, mancungnya hidung dia!" , "Kenapa diaorang pakai baju putih dan hitam je?" ataupun, "Ramainya isteri bapak arab tu,"
uiks. Soalan sensitif tu.

Kami di accompany by two abang Indonesian yang belajar di Pondok di Makkah Almukarramah. Mereka adalah,
DJ Ustaz RUDY and HERRI at Agama.fm.
Annoying gila buat macam Hitz.fm DJ RUDY AND JJ. HAHA. Pagi-pagi nak pergi sekolah mesti dengar Gotcha prank call daripada mereka. Kadang-kadang, dalam kelas tengah mengelamun (... pecah rahsia I...) tergelak tiba-tiba sebab teringat prank call DJ ni lepas tu kena baling kapur putih 100km/sec Cikgu Math.
Tapi, DJ Ustaz RUDY and HERRI pun best juga. Agatcha prank tour!
Ceeh, tak lawak. *buat muka menyampah*

Dua ustaz ni sebenarnya HOT-WOOT-WOOT-HABIS. Mereka ni pelajar ( rasanya dah bagitahu? Tak pe refresh ) di Makkah Almukarramah jadi tak payah lah nak beritahu macam mana mereka kan? Wajah suci, bersih, pakai jubah, songkok dan percakapan dimulakan dengan selawat ke atas nabi. :') Calon suami idaman? Eh, mestilah! Jangan tipu kamu mahu lelaki yang rambut warna-warni, lepastu pakai baju kotak-kotak ataupun berbunga hawaii, pastu selak baju nak garu-garu perut dia. Kamu mahu? Mahu? Eh, angguk pula dia.

Jadinya, kami sampai di Jeddah ataupun dipanggil 'Perempuan' dalam bahasa Arabnya. Di sinilah Hawa berada manakala nabi Adam di India. Mereka terpisah selepas memakan buah haram di Syurga. Akhirnya, setelah ber-ratus tahun mencari-cari mereka berjumpa di Arafah. Kata orang, di Arafah sangat mustajab untuk berdoa untuk dicepatkan jodoh. Saya? Sudah berdoa tahu. Bersungguh-sungguh lagi. HOHOHO. Kalau tak dapat, dapat ustaz agama.fm pun cukup. Opps, pecah rahsia.

Kami tinggal di Madinah tiga hari dan selama tiga hari tu memang berbelanja habis. Tak lupa juga, saya jakun gila tengok Masjid Nabawi. Sebab masa tingkatan 4 dahulu bab 5 dan 6 Sejarah tengok gambar dan cerita sahaja. Sekarang tengok dengan mata kepala sendiri, woah. Teruja habis. Cikgu! Cikgu! Tengok, saya depan masjid Nabawi. Eceeh, nak menunjuk la konon.

Yang paling saya suka adalah perjalanan ke kota Makkah yang mengambil masa selama 6 jam. Seronok? A'ah, 'seronok!' sangat. Cuaca di padang pasir yang mencapai 39 celcius lepastu padang pasir, mana ada pokok. Ada habuk pasir aja. Di tambah lagi pakai pakaian ihram. Masya-Allah. Nak saya ceritakan ke? Nanti ada pula yang jadi macam cacing kepanasan. Tapi itulah, bak kata Ustaz Herri, "Kalau sekarang pun sudah panas, bagaimana lagi kalau kita dibangkitkan di padang mahsyar. Matahari sejengkal sahaja atas kepala kita, kan?" kata Ustaz Herri sambil tersenyum macam sindir tapi itulah kenyataan. Malu sendiri. Datanglah panas. Aku tidak takut kepada kau. Wah, sombong gila. T_T

Nanti kalau sudah berada di Makkah, mulut dan hati (niat) kena jaga.
Kenapa?
Kerana Allah akan bagi kita serta merta. Kalau niat baik, kita dapat 1000 pahala kalau niat kita jahat, 1000 dosa.
....

Di Makkah, saya teruja nak ke kaabah. Selalu tengok gambar yang tergantung di rumah sahaja. Sekali dapat ke kaabah, pertama kali. Saya dapat nampak di mana Multazam, Hijir Ismail, Pancuran Emas, makam Ibrahim. Tapi, antara semua itu, Hajarul Aswad batu dari Syurga tak sempat saya kucup. Masa saya nak ke depan, ( nasib baik dikurniakan badan orang Asia, kan? ) adalah makhluk Allah, MAKCIK arab ni guna siku pula dia. Nampak segala lemak-lemak manis.
Dia ingat ni smack-doll ke? (Ustaz Herri cakap, bukan saya ye! )

Akhirnya, kami tak dapat kucup Hajarul Aswad tapi abang dan papa sempat. Abang masa dia nak kucup hajarul aswad orang tolak-tolak dia. Lepas dia nak beredar, orang macam tolong bawa dia ke belakang. Dia rilek je. Kamu tahu yang macam rock star terjun dari pentas pastu dia diusung di atas macam orang mati tu. Ramai-ramai kat bawah. HAHAHA. Tapi, abang tak adalah sampai macam tu. Lebih-lebih lak dia . Nak kena ni.
Nanti di hari pembalasan kelak, Hajarul Aswad ni Allah bagi kelebihan dan dia akan cari orang yang kucup dia dahulu untuk diberi syafa'at. Baru saya tahu kenapa mereka berebut-berebut nak kucup sampai ada seorang wanita Pakistan ini ternampak aurat rambutnya. Sudah haram di situ. Subhana-Allah.

Di situ adalah orang menangis, peluk-peluk kain kaabah, lebih menyayat hati pengawal keselamatan sudah tarik dia suruh beredar tapi dia tetap erat pegang kain kaabah. Menangis pasal apa, Allahualam. Saya? :') Tak nak cakap ah. Next.

Kami juga sempat menziarah di kota makkah dan madinah sepanjang dua minggu tu. Saya paling suka Ladang Unta pewwit. Mata dia penuh mengoda dengan giginya yang penuh mengancam. HAHA. Ustaz kata unta ni Allah beri lebih keistimewaan berbanding haiwan-haiwan lain. Apa ya?
  • Unta ni pemalu haiwannya. Peribahasa malu-malu kucing boleh ditukar kepada malu-malu unta ya kawan-kawan. Kalau cikgu tanya mana dapat, kata dekat amaleen.blogspot
  • Dia setia dengan tuannya
  • Dia masih ingat lagi akan jalan yang sudah berpuluh-puluh tahun dia lalui. Hebat tak? Boleh jadi haiwan peliharaan ni. Unta, kamu ingat tak di mana rumah lelaki idaman saya? Nanti dibawanya saya ke tanah perkuburan T_____T
  • Dia akan berbuat baik kepada orang yang buat baik, yang jahat. Dia kejar kamu sampai mati. Maksudnya, dia dapat lepastu dia lenyak-lenyak pastu smack-doll kamu.
  • Dia dapat simpan air dalam perut sebanyak 1 liter. Eh, ni semua common fact.
  • .... susu dia rasa macam santan?
  • Dia setia dengan isterinya. Macam ni. Dia jumpa seorang 'gadis unta' lepas tu dia kahwin. Lepas tu berfamili. Lepas tu. Dia setia sampai mati. Dia tak cari 'gadis unta' lain. Kamu mahu unta sebagai teman lelaki kamu?
rasanya banyak lagi tapi saya terlupa. Yalah, SAYA BUKAN UNTA yang kuat ingatan. Okay, no offense everybody. Chill.

Selama berada di kota Makkah banyak perkara pelik yang saya atau orang lain lalui. Yang hairan, selipar mama, papa dan saya hilang waktu tu. Balik hotel berkaki unta. Esoknya, kami jumpa balik selipar kami. Okay, cerita disingkatkan kerana ada cerita menarik di bawah ni :)

Suatu petang ketika para jemaah sedang makan lunch di SR adalah seorang hamba Allah ni. Makcik dari Penang. Dia tengah makan sama kawan-kawan dia. Ustaz Herri bertentangan dengan abang saya iaitu depan makcik berdua ni. Kamu paham? Saya pun tak paham. Jadinya, dia pun mengajukan soalan kepada Ustaz Herri,
"Ustaz, saudara saya hilang lah ustaz,"
Ustaz Herri pun pandang dengan pelik lantas dia senyum,
"Mana ada orang boleh hilang di Kota Makkah ini makcik,"
Tak sempat satu minit,
TING! pintu lif terbuka.
Keluarlah seorang makcik ni lepas tu dia menepuk bahu makcik yang mendakwa saudara dia hilang tu,
Dengan loghat penang,"Aku cari hang tak jumpa!"
Abang dan adik saya sudah terkekeh-kekeh ketawa. Ustaz Herri senyum-senyum je.
Ajaib?

Lain lagi,

Ketika kami mahu pulang ke Malaysia kami kena lepas imigresen untuk tunjukkan passport ni lah kan. ( Perasan kenapa saya selalu guna 'kan'? Ni trademark ustaz herri, selalu guna 'kan' di penghujung ayat dia ). Adalah pekerja arab ni muka dia macam pelakon you-don't-know-who. Dia tanya kami,
"Speak Arab?"
We said, no. We only know Syukran which means Thank You. Ok, you guys semua tahu. Fine.
"We speak English,"
Then dia tanya lagi, "Read AlQuran?"
We angguk-angguk la kan.
Then, dia bagi senaskah AlQuran. Tiba tiba I tell you. Senaskah Al Quran. Out of blue. Cuba bagi tahu saya kamu mahu bagi saya senaskah Al Quran? Eleh, nak pinjam buku 555 pun tak bagi.
.....
speechless?

Memetik nasihat Ustaz Ali, ketua Mutawwif. Ada tiga ciri yang boleh kita rasai / orang lain dapat lihat terhadap diri kita apabila ibadat kita itu diterima oleh Allah SWT. Kamu mahu la kan ibadat diterima? Oleh itu, Khusyu' khusyu' khusyu'! Wudu' kena sempurna perfect and fantastic. Jangan kamu pikir tentang Bedah tu kena tolak cinta lelaki popular di sekolah ke hapa atau nasi dalam periuk dah tanak ke belum. Eh, lame gila pikir pasal nasi dalam periuk.

Jadinya, ada tiga ciri yang boleh kita nampak ye kawan-kawan. Antaranya ;

  • Kita rajin mengerjakan solat sunat. Solat sunat ini termasuklah solat sunat tahajjud / solat sunat hajat / solat sunat mutlak / Solat Istikharah / Solat tahayatul masjid / etc.on ( etc.on ni bermaksud saya sudah tak tahu lagi ) Jujur tahu.
  • Kita kurang mengumpat. Tahu tak? HEH. Segmen tahu tak macam dalam majalah aja. Seseorang yang mengumpat tu sebenarnya dia telah reduce dia punya pahala and then pahala itu akan di transfer kepada si yang diumpat. Maknanya, kamu ada 100 pahala kan? Kamu mengumpat, 5o pahala dapat dekat si yang diumpat. Kamu ada 50 aja. Kamu tahu umpat? Hoi. Tu umpan! Ni umpatlah. ... Ketupat pula dia. Umpat ni macam ni.
Situasi 1 :
Ada dua orang makcik ni. Kerja mereka bangun makan tidur cuci baju makan tengok tv tidur. Itu pun dah lepas pukul 12 tengahhari. Mereka berdua ni erti kata lain tiada benda lain nak buat tapi suka mengumpat. Ya, mereka tidak pandai buat ketupat. Jadinya, makcik A mulakan topik ;
"Eh, B (haha, macam Datin B I tell you ) kau tahu tak suami C tu kan...." Buat suspense la pula.
yang B ni tak sabar-sabar nak tahu lantas dia letak kain jemuran di atas lantai. Dipegangnya bahu si A ni.
"Ha.. kenapa ngan laki si C tu?"
"Dia...sokseksoksek,"
Terkejut si B, "Eh, ada ke patut?"
A mengangguk yakin. Mukanya mencebik.
"Kot ye pun dia nak garu perut, pergilah kat dalam rumah ke apa. Dekat kedai kopi. Heeee...geli betul aku dengarnya. Nasib baiklah laki aku tak macam tu,"
Si A pun tanya, " Laki kau garu perut juga ke?"
"A'ah, lepas tu aku nampak ada kurap tahu,"

CERITA SOAP DRAMA TAMAT.

Ha, lebih kurang macam tu lah mengumpat. Okay, apa yang saya tulis tu pun boleh dikategorikan sebagai mengumpat tapi itu hanya contoh. Paham? CONTOH. Eh, kamu jangan tunding jari dekat orang sebelah kamu ya. Ha, awak. Saya nampak tu. Jangan. Jangan. Kalau kita tahu orang tu suka mengumpat kita diam aja. Jangan diceritakan dekat orang lain. Sesungguhnya, kamu pun akan menjadi 'si pengumpat' tak lama lagi. Tegur dengan sopan itu amalan kita. Okay? :) Cerita Gossip Girl tu boleh dibuang dalam tong sampah ye adik-adik.
  • . . . . .
  • Yang ketiganya, kita rajin beri sedekah. Wah, tiba-tiba datang ni. Bagus bagus. Ye, itulah otak manusia seringkali lupa lepas itu ingat balik. Otak unta? Jadinya, sedekah ini boleh bagi duit ataupun senyum je. Janganlah senyum kambing nanti orang kata apa la pula, kan? Senyum manis la. Eh, kamu senyum mengoda kena pula tu? Aduh.
Saya bersyukur Alhamdullilah kepada Allah SWT kerana kami sekeluarga di jemput menjadi tetamunya kali ini dalam jutaan umat Islam seluruh dunia. Sesungguhnya, jikalau nyawa ditarik pun saya sudah tiada apa lagi hendak disesalkan kerana sudah saya laksanakan rukun islam yang kelima walaupun umrah. Sekarang ini, masa untuk memperbanyakkan ibadat dan ingat kepada Allah. Kamu ingat kiamat 1billion tahun lagi? ( terbaca dalam ILuvIslam ) . Harap tahun depan boleh buat haji. Insya-Allah, tanam niat sekarang. Chaiyok.

akhir bicara ;

Sesungguhnya, benarlah apa orang kata. Makkah itu tanah suci, tanah haram. Jangan cemarkan dia dengan niat kotor kita. Penyucian jiwa di tanah suci. ( Trademark Andalusia )

p/s ; entry ini dibawakan khas oleh Nik Amaleen Hanis Bt Nik Mohd Shukri Bin Nik Ahmad bin Nik Yusof dan disponsor oleh Andalusia. Haha. Tipu habis. Dah, cerita tamat.