WEBMISTRESS DISCLAIMER TAGBOARD

Hello creatures! Welcome to my blog! Click the tabs above to explore my blog. This blog is written in Malay and sometimes English.Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a bag tag!
Photo of the everyyear

Postgirl
Perkhidmatan Postgirl boleh dibuat melalui :
Yahoo Messenger
sakura_alyyn@yahoo.com
Email
amaleenhanis@yahoo.com

Cerita lama
Februari 2010 Mac 2010 April 2010 Mei 2010 Jun 2010 Julai 2010 Ogos 2010 Oktober 2010 Disember 2010 Januari 2011 Februari 2011 Jun 2011

Perbualan

DarLinks

Abe's blog |Karnadya | Myaarmstrong | Farissa Hany | Hasif Hamsyari

Pengikut

Novel

RM10.90
Story is about a family and how the twins deal with their abang angkat
Classify as 18sx U
Simple. Senang di baca. Ada pictures. Fun. For you kids.
My first novel and maybe the new one will come out next year.
More into childhood memories, awkward moment, missing love, stupidity of the twins.
MY FIRST ATTEMPT. Wohoo! ♪

Coffee Shop

Where I always visit with a glass of choco milk ♥

♥ Body MassIndex Calculations
♥ WikiHow
♥ LuvClothez
♥ News
♥ PakarHowTo

Murid-murid, nanti besar nak jadi apa?
Panda menekan kekunci keyboard @ 4:08 PTG

"Nak jadi doktor, cikgu!"
"Saya nak jadi bisnesman macam bapa saya,"
"pengurus kedai dobi, cikgu!"
"Hantu cikgu!" . Budak ni ada revenge dengan cikgu dia kot?



***
Teringat masa kecik-kecik dulu, masa baru masuk darjah satu ke, darjah tiga ke. Cikgu minta perkenalkan diri lepas tu nak jadi apa nanti besar. Tapi, ada jugalah yang bercita-cita aneh macam jadi hantu.
Saya masa kecil sangat comel, dalam borang "cita-cita" di belakang buku kuning saya tulis .


Nama : Nik Amaleenis ( tak tipu, saya memang tulis nama macam ni )
Umur : Darjah 3
Kelas : VIP

Tuliskan tiga (3) cita-cita anda tika dewasa kelak :
  1. Jurutebang
  2. Bomba
  3. Polis
Dahsyat tak? Haha. Comel sekali. Tapi, yang polis tu memang ada keinginan sebab papa seorang polis jadi terkena tempias sedikit. Sudah menginjak remaja ni baru saya tahu, polis tak boleh berfesyen. Pakai baju hitam yang smart dan topi di kepala. Terus tukar.

By the way, entry ini dibawakan khas kepada abang saya. Dia inspirasi saya tulis tentang entry kali ini.

TAHNIAH! Anda telah terpilih mengikuti pengajian Asasi Undang-Undang di UiTM.

Woot. Alhamdullilah. Walaupun pada mulanya dia nak ambil TESL dalam English Communication, saya rasa baik dia ambil Asasi Undang-Undang. Orang pandai bercakap dan berleter memang sesuai masuk dalam law,kan? =___=
Law duit banyak. Lol. Itu je yang dipikirkan. Lepas tu pakai baju smart duh! Tergoda. Hahaha.

Eh, saya pun dah boleh menentukan jalan hidup sekarang ni. Sudah 17 kan. T__T Masa untuk kahwin. Eh, tak tak. Masa untuk menentukan hala tuju. Antara kerjaya-kerjaya yang saya set my eye on :

  1. Arkitek Landskap. Arkitek bangunan tak layak masuk. Haha.
  2. Interior Designer
  3. Lawyer. Ya, law sangat smart.
  4. Writer
  5. Painter
  6. Kindergarten teacher. Gila comel. Haha.
  7. Pianist
  8. Illustrator
  9. Owner Cake Shop. Ni pun tak boleh blah. Haha. Ala-ala secret recipe.

Tengok. Antara banyak-banyak kerjaya, saya lebih cenderung ambil arts. Tapi kenapa masuk kelas Science Stream T___T. Buat seksa jiwa dan raga je struggle nak paham Physics.
Sekarang saya buntu mahu pilih mana satu. Setiap kerjaya ada baik dan buruknya.

Lawyer

Kerjaya ni bagi saya rock and roll baby. Haha. Sebab baju hitam dia smart. Ok, alasan tak munasabah. Sebab dia involve baca dan hafal. I mean, please. Kalau saya boleh habiskan masa baca buku novel ke apa, buku law mesti boleh kan? Tapi, tak ada cerita love story la T_T. Semuanya cold case file. Dead people. Murderer. Serial killer. Without a trace. CSI. Zombie Kampung Pisang. Haha.

LANDSCAPE ARCHITECTURE

Sejak dulu lagi suka nama ARCHITECTURE walaupun tak tahu apa relevannya dengan kerjaya. Ini yang mama terapkan sebab saya suka seni, dia suggest architect. Okay, fine. Memandangkan kalau melukis pelan bangunan perlu pergi site saya cancel. Tak suka. Panas. Nanti kena pakai baju construction site yang warna kuning dan topi kuning juga. T_T Tak smart lah. Landskap itu boleh tahan kot. Setiap hari tengok benda-benda hijau. ^_^ Sudahlah rumah pun hijau T_T. Memang dunia hijau.

PAINTER

Nanti kamu jalan-jalan di Europe atau France, kamu jumpa saya. HAHA.

WRITER

Boring ah. Duduk dekat rumah pastu minum air cokelat panas. Taip. Taip. Taip. Pastu mengamuk sebab idea tak datang, lepas tu... Three.

ILLUSTRATOR

Nanti jadi partner Tony Bulat yang Pervert. Ya. Kamu kenal siapa tu. HAHA.

OWNER CAKE SHOP

WOOHOOO! Lepas tu masuk the biggest loser Asia T___________T

PIANIST

Waktu ada lesson with Miss Maggie mesti kelam-kabut sebab tak practise apa lagi. Lepas tu start mengamuk suruh Boboy tuka cerita Spongebob kepada Phineas And Ferb. Lame gila tengok kartun lagi. Haha.

KINDERGARTEN TEACHER

Ni lepas SPM part-time work. Ok. Cukup. Tiada lebih. Nanti ada pula yang masuk hospital kena belasah dengan budak kecil sebab mengajar Kapel itu haram sebagai pengajaran hari Jumaat. Lol.

INTERIOR DESIGNER

O-LA-LA. Bilik sendiri pun sudah berbulan posisi barang yang sama. Jangan berangan ah nak jadi ID. T___T


Lebih baik saya jadi suri rumah je. Haha. Ibu kau ratu hatiku. Lol. Comel.
Boboy lagi comel. Dia nak jadi Chef. o___O Bersedialah chef Wan, kerjayamu tergugat. Haha.

Nampaknya impian ibu dan bapa ( aneh sekali guna ni untuk refer mama dan papa haha ) nak tengok anak-anak mereka jadi doktor tak kesampaian. Tak suka jadi doktor. Nanti, pagi orang mati. Petang, orang mati. Malam orang mati. Nanti, mati pun jadi orang mati T___T. Scary tahu? Kalau bukan orang mati, orang sakit.

Ada orang cita-cita kerjaya dia lain sedikit daripada yang lain. Tapi, ya lah. Orang pandang rendah. Tak tahu kenapa. Ingat kamu tu best sangat ke kerja bawah air cond? Nanti masuk biggest loser tahu.


****
"Abang (ok, ni bukan abang saya ) rasa nak kerja dekat kampung je lah,"
Saya pun hairan. Kerja apa dekat kampung? Tauke kedai kopi?
"Boleh apa, macam Old Town Coffee, tapi tak Old pun. Harga mahal juga,"
Betul. Betul. Jadi, kerja apa dekat kampung?
"Petani ke, buat niaga kecil-kecil ke, takpun Ustaz dekat surau kampung"
Kenapa nak kerja macam tu?
Senyum. "Kerja macam mana pun, kalau tak diberkat Allah tak ke mana juga,"
"Kita kerja nak dapat dunia dan akhirat, tak rock la kerja dapat dunia je. Akhirat, so long,"

Terdiam saya. Kentut pun tak lepas.
****

Saya kadang-kadang terbaca dekat surat khabar ataupun cerita kawan-kawan. Ibu bapa mereka paksa masuk sana masuk sini. Kononnya nak biar anak pandai ke apa. Fine. Kalau dah sederhana budak tu dipaksanya jadi pandai, naya. Kesian. Nanti tak pasal-pasal tiga suku.

Teringat cerita ustazah dekat sekolah. Anaknya ni gemar kerja-kerja baiki apa-apa je. Ha, baiki hati sebab putus cinta tak boleh lah kan?

****
"Anak ustazah yang seorang tu, belajar tak adalah hebat mana, tapi dia suka kerja-kerja mekanik ni,"
kerja mekanik macam mana tu?
"Macam repair kereta. Kalau enjin rosak ke, tayar aneh-aneh sedikit dialah yang pertama detect. Tak payah nak hantar workshop,"
"Kalau orang repair kereta, dia sibuk nak jenguk juga dekat bawah tu,"

****

Tapi, apa yang berlakU sekarang ni, kalau anak dia tak lulus UPSR. UPSR ya! Bukan kerja ke apa. Bukan main mereka malu. Malah lagi teruk mereka 'kerjakan' budak tu dengan hantar ke tuisyen, bomoh, baca-baca dan semua. Helo parents. Ini menunjukkan kamu sendiri tak tahu kebolehan anak kamu, layak ke jadi parents? Bukan ke parents ni kerja dia galakkan anak mereka dalam apa jua bidang yang mereka kehendaki? Kalau teringin sangat nak jadi doktor, kenapa dulu tak mahu jadi? Huhu. Kantoi.

Yalah. Mungkin mereka malu sebab anak mereka tak pandai macam anak si A ni. Wah, tiba-tiba makcik Si A yang suka mengumpat masuk. Haha. Sila rujuk entry Datin A untuk mengetahui Datin A ni adik adik *love love*

Lebih baik jadi petani tahu. Kerjaya terbaik dalam Islam. Kenapa? Dapat berkenalan dengan serangga dan kita berbakti kepada bumi kerana bercucuk tanam. sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil tangannya sendiri dan adalah Nabi Daud a.s memakan dari hasil tangannya sendiri. ”

Sejak balik ni, bukan main berdakwah secara blog o___o


Tengok-tengok, saya tak jadi apa-apa. Sibuk bagi ceramah dalam blog sendiri je. Duduk dekat rumah tengok Phineas and Ferb ataupun Chowder di cartoon network. Garu-garu. Makan tidur bangun mamai tidur balik. Orang masuk minang terus jadi orang minangkabau. Ish, masya-Allah. Tak senonoh betul. Haha.

... Kamu? Mahu jadi apa? Jangan tulis mahu jadi suami /isteri sudah dalam borang cita-cita sekolah rendah. Takpun ;

"cita-cita saya nanti besar mahu ada cukup kuota 4 isteri, 5 awek, 12 orang anak, "

o________________________________________________o

Label: