WEBMISTRESS DISCLAIMER TAGBOARD

Hello creatures! Welcome to my blog! Click the tabs above to explore my blog. This blog is written in Malay and sometimes English.Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a bag tag!
Photo of the everyyear

Postgirl
Perkhidmatan Postgirl boleh dibuat melalui :
Yahoo Messenger
sakura_alyyn@yahoo.com
Email
amaleenhanis@yahoo.com

Cerita lama
Februari 2010 Mac 2010 April 2010 Mei 2010 Jun 2010 Julai 2010 Ogos 2010 Oktober 2010 Disember 2010 Januari 2011 Februari 2011 Jun 2011

Perbualan

DarLinks

Abe's blog |Karnadya | Myaarmstrong | Farissa Hany | Hasif Hamsyari

Pengikut

Novel

RM10.90
Story is about a family and how the twins deal with their abang angkat
Classify as 18sx U
Simple. Senang di baca. Ada pictures. Fun. For you kids.
My first novel and maybe the new one will come out next year.
More into childhood memories, awkward moment, missing love, stupidity of the twins.
MY FIRST ATTEMPT. Wohoo! ♪

Coffee Shop

Where I always visit with a glass of choco milk ♥

♥ Body MassIndex Calculations
♥ WikiHow
♥ LuvClothez
♥ News
♥ PakarHowTo

RAHSIA TULISAN
Panda menekan kekunci keyboard @ 12:22 PTG


Ini saya curi daripada mana entah artikel ini. Rasa macam tak cukup masa tapi teringin sangat nak berkongsi RAHSIA TULISAN SAYA . Jangan kutuk tahu (-____-"). Entri kali ini nampak sangat tidak cantik la, kan? Saya kesuntukkan waktu, komputer saya rosak, saya curi artikel, lepas tu bold je, keyboard @#@$@#, mau study, tuisyen lagi, L-A-P-A-R.


Tengok sahaja ya.

Pertama: Tekanan



i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.



Kedua : Bentuk Tulisan



i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)



ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)



Ketiga : Kecondongan


i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah


ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang


iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah


iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)



Keempat : Kerapatan



i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.


ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut



Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z



i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan


b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri



Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)



i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi


ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah


iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Yang saya bold kan itu semuanya ciri-ciri tulisan saya. Kamu, bagaimana?

Label: