WEBMISTRESS DISCLAIMER TAGBOARD

Hello creatures! Welcome to my blog! Click the tabs above to explore my blog. This blog is written in Malay and sometimes English.Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a bag tag!
Photo of the everyyear

Postgirl
Perkhidmatan Postgirl boleh dibuat melalui :
Yahoo Messenger
sakura_alyyn@yahoo.com
Email
amaleenhanis@yahoo.com

Cerita lama
Februari 2010 Mac 2010 April 2010 Mei 2010 Jun 2010 Julai 2010 Ogos 2010 Oktober 2010 Disember 2010 Januari 2011 Februari 2011 Jun 2011

Perbualan

DarLinks

Abe's blog |Karnadya | Myaarmstrong | Farissa Hany | Hasif Hamsyari

Pengikut

Novel

RM10.90
Story is about a family and how the twins deal with their abang angkat
Classify as 18sx U
Simple. Senang di baca. Ada pictures. Fun. For you kids.
My first novel and maybe the new one will come out next year.
More into childhood memories, awkward moment, missing love, stupidity of the twins.
MY FIRST ATTEMPT. Wohoo! ♪

Coffee Shop

Where I always visit with a glass of choco milk ♥

♥ Body MassIndex Calculations
♥ WikiHow
♥ LuvClothez
♥ News
♥ PakarHowTo

Honest and true till the end of time
Panda menekan kekunci keyboard @ 8:12 PTG






Malam ni ; Khamis malam saya sepatutnya berada di pusat tuisyen.
Saya sudah tak tahan lagi.
saya skip tuisyen malam ni.
walaupun saya cuba gagahkan diri pergi sana, tapi saya tak rasa saya boleh tahan dua jam 30 minit dengar cikgu mengajar atau apa.
Saya memang tak ada mood satu minggu ni.
Saya tak tahu kenapa tapi mungkin inilah apa yang orang katakan ;
DEPRESSED.

Sudah lebih tiga hari saya rasa depressed ni dan 4 hari selebihnya rasa lost. Rasa macam empty dalam diri. Jiwa kosong. Entahlah, nak kata macam tu nampak sangat jiwa ni tak ada . . . em, tak tahulah nak describe.

Ya-Allah.

Kenapa teruk sangat diri saya kali ini?
Rasa macam tak tahu nak buat apa.
Perasaan ni lebih kurang macam dulu ; masa piano exam dan PMR berlangsung pada tahun yang sama. Dulu rasa stress tapi sekarang depressed.

Tadi , habis semua contact number dalam handphone saya sms. Tanya khabar dan sebagainya. Termasuk abang dan mama.
Well, dah lama tak jumpa mereka rasa rindu sangat.
Dekat rumah ni, saya boleh harapkan Boboy je boleh buat saya ketawa dengan lawak jenaka dia.
Sometimes, saya bersyukur kerana ada dia walaupun kami banyak bergaduh sayang.

Masa saya pergi ke Putrajaya untuk program Floria saya pernah tinggal solat. Solat Zuhor. Bukan tak pernah tinggal solat, banyak kali! Memang banyak. Macam tak ada keinsafan dalam diri tapi masa saya tinggal solat Zuhor tu saya rasa sangat bersalah. Hati saya tak tenteram.
Setiap detik saya lihat jam tangan. Setiap kali jarum jam berdetik, hati saya berdebar. Macam ajal nak dekat.
Bukan tipu.

Ya-Allah. Saya mengucap. Pulang sahaja, saya baca bismillah bawa motor dengan agak laju balik rumah. Memang berbahaya tapi, saya memang dah tak boleh berfikir waras masa tu. Nasib baik kereta tidak banyak cuaca pula mendung sahaja.
Pulang ke rumah saya terus dirikan solat Zuhor walaupun sudah kedengaran azan.
Subhanallah.
Jahilnya saya. Bodohnya diri ni.
Tak habis-habis saya salahkan diri.

Maafkanlah hambamu ini ya-allah.

Mungkin sebab saya rasa depressed sejak kebelakangan ni adalah amaran. Amaran di atas kesalahan dan dosa yang pernah saya buat. Mungkin bukan solat Zuhor itu sahaja, mungkin atas kesalahan yang lain. Allah tunjukkan pada minggu ini.

Saya cuba tenangkan hati, dengar lagu-lagu nasyid. Saya tutup mp3 folder yang penuh dengan lagu jepun, inggeris, dan korean.
Sekarang, lagu Maher Zain dan nasyid tempatan yang saya dengar saya bawa sehingga ke tidur. Hati saya rasa agak tenang berbanding hari yang lain.

Saya cuba perbanyakkan berdo'a dan yassin. Bukan nak bangga diri dan tunjuk diri ni baik tapi ini sebagai peringatan kepada saya. Mungkin juga kepada sesiapa yang membaca. Rupanya, lagu dan perkara sebegini yang memberi ketenangan dalam hati bukan pergi melancong, mendengar jenaka ( okay, ni boleh dimaafkan kerana Boboy selalu buat saya ketawa tak ingat dunia ).



Mishary Al-Afasy Yassin ; memang sedap suara dia. Kalau dengar boleh terbuai Click click. Surah Yassin recitation by Mishary Al Afasy yang saya selalu jadikan halwa telinga. Kalau saya tengah buat kerja lain, saya pasang mp3 ke telinga insya-allah semua berjalan lancar dan hati tenang.

Iman manusia turun naik. Orang kata sebab godaan syaitan. Sebenarnya nak tutup dosa dan kesalahan sendiri. Disalahkannya syaitan. Padahal 'mereka' hanya lakukan kerja mereka. Kita boleh sahaja buat tak layan mereka.

Baiklah. Entri keinsafan ini bukan nak tunjuk kelemahan dan kebaikkan dalam diri.
Tapi, saya rasa baik rasanya saya tulis apa yang terbuku dan dijadikan panduan dalam kehidupan.
Apa benda saya tulis ni??

SEBENARNYA, SAYA TULIS INI NAK LUAHKAN PERASAAN DAN MENGUBAH DIRI.


p/s: tajuk daripada For the rest of my life ; Maher Zain? :') I just love this song so much.