Orang lain ada blog saya pun ada ya?
Haha. Entah mengapa walaupun sudah ada blog di Livejournal masih lagi ingin mengikut trend
remaja-remaja sekarang dengan berblogkan
Blogspot. Tak apalah, asalkan hati puas. Kalau nak diikutkan hati, mengapa nak blog sampai ada dua? Hai, manusia.
Sebenarnya, blog di Livejournal tu tak
up-to-date langsung. Nak letak cbox, mixpod.com, facebook banner dan etc.on tak boleh. Bukankah menjengkelkan? Haha. Sekarang orang sibuk meletakkan
Nuffnang sebagai sumber kewangan mereka. Saya pun tak tahu macam mana benda itu hidup provide money tapi biarlah. Lama-lama tahu juga.
Anyway, rakan-rakan yang lain mana ada guna Livejournal. Memang nampak
lame gila kalau guna Livejournal. Macam,
"Leen, you ada blog?"
Ada. Ada.
"Eh, Livejournal tu apa?"
Haha. Memang memalukan. Mungkin dia ingat saya guna blogspot, wordpress atau blog sendiri.Akhirnya semua
berdebat betapa hebatnya
Blogspot ini. Okay okay. Kita tengok, sehebat mana
menatang bernama Blogspot ini. Kalau tak saya blah dalam masa sebulan. Haha.
Jenny Kailing lah yang tanya. Chinese friend saya yang comel tu.
Peraturan
Perhatian adik-adik sekalian.
Rasanya dah ada peraturan dekat tepi ni -> tapi entahlah. Ramai manusia di muka blogspot ini kadang-kadang pandang dengan sebelah mata. Tak mengapalah. Tanggungjawab saya untuk memberitahu anda balik. Itulah gunanya kawan. Ececeh.
::Diingatkan sekali. No vulgarities allowed kerana bukan sahaja akan menjatuhkan maruah namun mencabarkan kredibiliti sebagai anak Malaysia. Jadi, kalau nak tegur cubalah tegur secara berhemah dan saksama.
::Saya adalah seorang gadis. Jadi, blog ini pun bertema semacam gadis jugalah kan? Ada bantahan? Ada? Blah sekarang.
::Boleh gelar saya macam-macam seperti yang tertakluk di dalam ruangan ini { Panda, Leen , Nik , Amaleen , Hanis } yang lain? Semacam tidak boleh.
::Kawan saya kata saya guna bahasa baku. Hoh? Salah? Takkan?
::Blog berbahasa Melayu / Enlish. Jadi, bukalah kamus dwi-bahasa anda.
::... kehilangan kata-kata. Sudahlah. Silakan membaca. Bye.