Family is first priority
Panda menekan kekunci keyboard @ 3:58 PTG
"OMG! Boy, tengok orang tu, dia tidur keluar hingus,""eeee, bodek papa, Abe kita pergi makan KFC!"
"Ma, rantai ni lawa. Nak! Nak!"
"Pa, yo!"
Semua tu adalah common talk kalau saya keluar dengan family tak kisah ke pasar malam ke, KLCC ke, ataupun pub. Okay, tipu. Hoho.
Tadi ada Youth Festival'10 yang berlangsung di PWTC. Kalau tak disebabkan kawan-kawan paksa saya memang tidak akan pergi.
Sebelum itu saya tanya papa boleh pergi keluar dengan kawan tak, tapi papa macam tak nak bagi. Mungkin takut saya tumbuk atau bunuh orang ke apa. Highlight, bertumbuk atau bunuh orang. Grr. Saya ganas orangnya, rupanya. Penangan taekwondo kah?
Bukan ke papa patut takut kalau ada orang jahat nak buat apa-apa?
Rupanya dia takut saya bertumbuk atau bunuh orang.
MUAHAHAHAHA. Sapa nak gaduh, mari mari. Come on baby!
Well, overall semua okay. Saya pinjam Rm25.00 aje dengan parents sebab saya tahu kalau saya bawa duit RM50 mata saya akan rambang dan tutup rapat-rapat. Tangan saya akan ambil dan bayar. Ya. Saya lurus bendul orangnya. Kalau orang offer macam tu je, "Adik, murah ni dik, bayar RM5 dapat pensel," saya akan bagi dia dan dapat pensel 2B berwarna kuning hitam yang asgfh^&%^$.
Went to Youth Festival with others ; Yana, Amir, Neesha, Amirah and Izzaty. Even though it's was fun, i felt empty. Uwaa. I miss Boboy's weird crap talk like, "B.O.B tu apa?"
the answer is ; Orang Badan Besar
HAHAHA. Damn it. Then, we don't have to worry about lapar ke, nak beli itu ke apa cause' minta dengan papa gerenti dapat. And of course, yang berkaitan dengan makanan lagilah dapat!
In the end, saya call papa suruh ambil pukul 2.30 petang. I was worn out. Tak boleh tahan. 3 jam yang pertama okay fun. Saya masuk segala contest dan dapat goodies bag. Everytime ada booths yang offer something free, saya masuk macam lupa dunia. Ye, macam Misae mak shin chan. Hahaha. All those tak perlukan money so I save my RM25.00 . Cool la bukan? HAHAHA. I love money and I want to be a billionaire so freaking bad.. buy all those things that i've never had. Masa rehat di sekolah saya makan roti yang RM0.60 gardenia itu sahaja. HAHAHA. Ni bukan sayang duit ni, ni KEDEKUT. -____-
Apa-apa pun, sangat sayang duit sehingga cancel nakbeli bracelet yang sangat lawa tapi berharga Rm24.90. WTFUNNN? Boleh beli Happy Meal McDonald la dude!
Kalau saya susah hati, tengok duit dalam Bank simpanan saya hasil duit royalti, boleh senyum sampai ke telinga. :) Siapa nak kata gila katalah. Gila-gila pun I HAVE MY OWN ACCOUNT BANK WITH MONEY IN IT. Saja bold dan besar nak buat kamu sakit hati ngeh ngeh :p
I even have plans for future nak cari duit - in legal way op cos. Kamu pikir saya kupu kupu malam dalam surat khabar itu kah?
Itu orang tak guna otak je yang buat macam tu. Ye. Saya tengah marah dengan kamu yang tak guna otak. Guna otak otak. Just for teman lelaki sanggup kamu buat macam itu, kamu patut baca entry saya ini yang sangat berguna iaitu >
Kapel itu KAPAL. Bacalah amaleen.blogspot untuk menambah ilmu. Ahaks!
I love money. Just give me $5 and I wont ask you for more for next 2 months. HAHAHA.
Plus, keluar dengan kawan we need to dress up. Not like gothic ke, punk or whatever. As long as it's up-to-date dan tak kena fashion police. Nenonenoneno. So, saya TERPAKSA pakai baju yang sangat jarang saya pakai kalau nak keluar. Baju yang comel. yang ada gambar Panda di hadapannya. HAHAHA.
I prefer abe's or boboy's cause' boys punya baju sangat besar dan selesa. Not like girl's punya. Sangat ketat, sarat dan penuh gambar. I hate those. Eww. Eww. Eww.
T-Shirt lengan panjang dan sweatpants itu kegemaran duh. I don't have many choice of clothes dalam closet. Closet? Even closet pun saya tak ada. I only have rack yang tarik tolak tarik tolak. Itu pun masih ada tempat kosong. O_O
Sometimes, saya sangat proud dengan diri sendiri. HAHAHA.
I was starving until Papa fetch me up around 3 o'clock. Kawan-kawan sangat busy nak beli or shopping sana sini so kena ikut mereka. One more point. I prefer family lagi sekali. Kalau cakap lapar je, 5 minit seterusnya perut sudah penuh dengan sate. Yumm. Yumm.
Then, lepas tu semua booths dah visit, akan buat macam bulatan nak berbincang pergi mana lepas tu. omg. Come on guys. Just gerakkan kaki dan ikut gerak hati. Waste of time and saya dah tunjuk muka bosan. Sudahlah goodies bag banyak dan perut lapar. Kalau saya penat, memang saya tak tunjuk senyum dan tak cakap sudah. I prefer stay home depan TV tengok Chowder at Cartoon Network with boboy.
Dan festival itu sangat membosankan. Bagi saya. I don't want bands, dance, shopping festival. Siti Nurhaliza datang ke, debate ke. Cuci mata dengan boys handsome yang bawa gitar. No. No. No. Bosan la kamu! I just want to go to Pesta Buku. Omg. Pesta buku is fun. Saya sangat into those things dan lagi seronok kalau booths tu jual buku yang jual second-hand books only RM5 per book! Heaven! Heaven. Saya kan sangat suka money!
Ataupun pesta haiwan. o_____o ada ke?
Jalan kaki menuju ke pintu utama sangat cepat macam pelesit.Zupp! Zupp! saya melawan arus manusia. HAHAHA. I almost langgar semua orang yang ada di sana. Orang yang pewwit itu saya tunjuk penumbuk T_____T mak aii, garangnya Panda ni.
Wooho. When nampak kereta Myvi Putih dekat pintu masuk PWTC saya dah seronok woot woot. Akhirnya, berakhir sudah penderitaanku yang hanya akan berkesudahan selepas sampai rumah. Saya tak boleh keep up dengan kawan-kawan yang lain nak pergi Midvalley lepas tu. Penat. Penat. Penat. and I want to watch chowder and bau rumah. Haha. Bau rumah, pelik je.
Kena masuk dalam blacklist ni ;
- Going out with friends is okay, but family is a whole lot better. NO MORE keluar dengan kawan until ada keinginan ke arah itu. Maybe 10 more years. Muahahaha.
Even keluar ke tesco dengan family pun sudah sangat Fun !
JADIAN MENJADI....
Panda menekan kekunci keyboard @ 3:36 PTG
DADDY!aduh, apasal nampak macam sugar daddy ini? HAHA.
Silap lah.
... PAPA!
Ye. Papa. Papa. Papa. Papa. Papa. Papa. Papa. Bukan Papi. Sejak kecil lagi, sejak mulut pandai mengeluarkan perkataan pertama selepas, "Burrp" iaitu Papa. Duh. Bukankah comel?
Apa itu papa?
Papa membawa definisi iaitu PAPA ROTI. HAHAHAHAHHAHA.
Okay, dalam mood makanan sudah. *saliva meleleh*
IT'S 24 MAY!
Jadinya, hari ini ialah hari jadi jadian orang.
SELAMAT HARI JADI JADIAN KEPADA....
goes to....
NIK MOHD SHUKRI BIN NIK AHMAD!
(ada firework dan api api, pikir sendiri ) LOL! HAHAHA.
Ini hari jadi jadian bukan hari jadi 'PAPA' as in couple punya baby nickname busyuk busyuk. NO! Ini hari jadi jadian lelaki di bawah ;
Aiyoo. Tugu negara mana pula kah ini?
Haha. Inilah orang yang jadi jadian. Erkk.. birthday man! atau B-man! Bukan Pandaman dalam 8TV tu ya. Saja tau!
Bukankah handsome? Ha, kamu blushing. Kamu blushing. Ha ha, tak tahu. Kantoi!
Tugu negara...errr... B-man di atas ialah Papa saya atau _______( Daddy, Papa, Ayah, Bapak, Father, Dad )
Pilih jawapan yang bertepatan.
Kerana beliaulah saya pandai melukis. Yosh, beliau juga seorang yang cerdik pandai dalam seni. Bukankah like father like daughter only?
Kerana beliaulah, saya tidak pernah kena rotan walaupun ada pen warna merah dalam kad laporan prestasi pelajar. Hahaha. Kecil je tulisan.
Kerana beliaulah saya masuk taekwondo sebab ketika dahulu ingin menjadi seorang anggot polis. Aiyooh. Terus jatuh saham.
Saya sangat suka kalau B-man ini membasuh pinggan di dapur. Nampak sangat cool tahu! Highlight! Highlight! Boys yang ikut ini gerenti saham naik di hadapan mak mentua!
Seterusnya adalah soalan peperiksaan. Bersedia semua!
Berikan tiga (3) ciri lelaki yang kamu sayangi ;
- Kalau saya buat bodoh, atau lawak bodoh, Papa juga akan berbuat demikian
- Kalau saya kata tak habis nasi, Papa tolong habiskan
- Kalau saya kata "TAK MAHU PERGI SEKOLAH" papa balas, "Tidurlah balik,"
- Kalau saya kata "Yo" Papa balas dengan "Yo" juga.
- Papa suka makan kek pisang.
- Ayat favourite, "Malam ni nak makan apa, Kak?"
- Kalau papa potong misai, kami adik beradik tidak kenal siapakah jejaka hensem itu?
- Sangat suka t-shirt Pagoda putih.
- Seluar sweatpant berwarna merah kegemaraan papa.
- Nasi itu HEAVEN!
- Sate Kajang Hj Samuri itu NIKMAT DUNIA.
- Suka menyanyi Oldies punya. Ye, Slam itu 'kawan baiknya'
- Pegawai Polis. Sebab tu saya tak ambil dadah ataupun dadih.
- Ada dua anak lelaki handsome dan seorang anak gadis cun. Jangan buat tak tahuuu..
- Tidak suka biskut!
- Sangat paranoid.
- Rambutnya tidak akan tumbuh walaupun guna syampu pelebat rambut.
- Suka kalau kami kata, "Pa, jom makan sate!"
- Suka anak-anak
- Kanak-kanak suka dia. Tidak termasuk toyol.
- Kalau tengah marah atau poluck, sila DIAM SEMUA.
- sangat suka bagi ceramah di meja makan
- Kalau minta apa-apa, insya-Allah, minggu depan dapat.
- Handsome seperti anak-anaknya
- Baik hati.
- Suka tolong orang.
- ...
- ...
Masa sudah tamat sejam yang lalu. Kamu fail. Pergi ulang paper. HAHAHAHAHA.
Sorry pa, tak ada duit nak beli kek moist chocolate yummy yummy umm. RM10 Pak Sani bagi semalam dalam seluar jean yang berada dalam mesin basuh. Sekarang sudah dijemur. Tapi, melayang ditiup angin sudah. T_T Bai bai RM10. Sapa cepat dia dapat!!!
Bolehlah buat ngalas blog.
Tiada watermark.
Sebab curi tanpa kebenaran hitam pink -___-"
So, dad.
Aishiteru.
Tak paham.
Buka dictionary.
Dalam bilik boboy.
Sekian.
Sila letak di tempat asal.
Orang jadi jadian bersama anak yang jadi jadian.
Dalam bahasa mudahnya ;
Papa n Abe
JANGAN KATA BI SELALU FAIL
Panda menekan kekunci keyboard @ 10:11 PTG
... BAGAIMANA DENGAN TRANSLATOR SI GOOGLE CHROME INI?
Bantulah yang memerlukan.
HAHAHAHAHAHA. HARI TIADA MATLAMAT SEDUNIA.
Anak angkat Lembu
Panda menekan kekunci keyboard @ 9:21 PTG
Sudah lama kotak-kotak berwarna cokelat dan biru itu tidak memenuhi peti sejuk di rumah.
Setiap kali mengodek-godek setiap 15 minit, mesti pulang ke tempat duduk dengan perasaan hampa seperti orang frust putus cinta sama cowok. Lebih lebih pula, tapi itulah seorang gadis yang digelar Panda kerana ketika kecil sehinggalah umur mencecah 17 tahun ini, pipi tetap maintain cun. Ataupun dalam istilah sopan, chubby! Sangat bangga kerana cewek-cewek model tidak berpipi seperti saya. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHATAKTAHUNAPANAKGELAK? Back to basic topik. Anyway, sudah cukup tiga minggu. Satu jangka masa yang terlampau lama seperti berada di padang pasir, saya mengelupur di lantai dapur .
DUTCH LADY MILK IN CHOCOLATE FLAVOUR. Nyum nyumm. Something yang boleh buat saya lupa apa itu fresh oren, laichi, milo, air masak, air panas, air liur, air peluh...ok. Lebih lebih pula -__-;
Kalau pergi Tesco atau pun kedai Yan Seng ( kedai feveret satu family sebab harga dia selalu discount duh! ) mesti borong minimum 4 kotak besar. Highlight adik adik menggunakan pen warna merah jambu sesuai dengan tema blog ini. HAHAHA. Kalau maximum? Sekali lagi, guna pen berwarna untuk highlight. 6 KOTAK BESAR. Wooho. Ni manusia ke bapak lembu ni? Haha. Kan dah kata Panda. Kamu ni -____-;
Perasaan setiap kali kotak-kotak tidak bersalah itu masuk ke dalam troli, hati melonjak penuh teruja. Memang freako. Nanti nak buat rekod dunia, satu troli penuh dengan milk itu.
Eh eh eh eh eh, lebih-lebih pula. Kenapa tak kerja dekat situ terus
Dapat tauke pun sudah cukup. Saya sanggup berkahwin sama tauke yang garu-garu perut asalkan dutch lady penuh peti T______T. cita-cita yang entah apa-apa. Eh, saya gurau sahaja. Tidak glemer la kan suami garu garu perut? LOL.
Saliva sudah merembes.
Sebelum apa-apa perkara tidak diingini berlaku, kena melakukan sesuatu sebelum ia berlarutan!
Fuhh. Fuhh. Fuhh. Ketagihan selamat dan normal. Dapat tengok gambar pun cukup macam kamu yang sudah dua hari tidak contact sama cowok lepas tu tengok gambar dia dan berimaginasi @(&$(&(@. Sama kes dengan saya. Perasaan yang teramat lega, kan?
Ya-Allah, apa lazat sangat gambar ini ?
by the way, picture googled dan saya ambil tanpa kebenaran hitam putih =_= maafkan geek ini.
Dah, entry nak habis dah.
Walaupun begitu, saya berterima kasih kerana sanggup menghabiskan masamu membaca tulisan tidak berguna ini. Entry ini tiada arah tujuan dan matlamat sama seperti budak budak yang kata sudah give up untuk study. Ha. Itu objektif entri ini. Sekadar ingin meluahkan perasaan frust tidak dapat menikmati minuman lazat ini. T__________T
Dah balik.
EH EH EH EH EH EH!
Sebelum saya menamatkan entri tidak berguna ini, lebih baik saya memberi sedikit info la kan? At least, kamu sudah baca blog ini bolehlah kamu mempromote saya kepada kawan-kawan.
"eh, tau tak. Amaleen.blogspot selalu bagi entri yang berguna, tengok. Kau tak tahu pasal unta, tapi aku dah expert,"
Adorable la kamu cerita pasal unta dekat kawan. HAHAHAHA.
KAMU TAHU KELEBIHAN MEMINUM SUSU?
Tahu? Tak tahu? Tahu? Hep, kamu yang dah tahu diam.
Mempersilakan akak Panda yang ketagih dadah susu ini memberi beberapa manfaat meminum susu.
Sebelum itu, sila beri perhatian.
- Susu lembu, susu kambing sahaja yang digunakan. Bukan susu kucing, susu haiwan, ataupun F&N. Sila ambil perhatian. Oit, pikir apa tu?
- Susu original... Yang tak original macam mana? -___- diam! HAHAHA.
- Okay, silakan membaca.
- Kebaikan susu ini sesuai digunakan dalam karangan Bahasa Melayu ya. :p
Susu boleh... ;
- Melengkapkan segala keperluan nutrien harian kita. Seperti protein, fat dan carbohydrates.
- Bagus untuk pembentukkan gigi dan tulang.
- ....
- .....
- .... kemalasan yang melampau.
KAN DAH KATA. ENTRY INI ENTAH APA-APA. HAHAHAHAHA.
Ok, sekarang boleh saman.
RAHSIA TULISAN
Panda menekan kekunci keyboard @ 12:22 PTG
Ini saya curi daripada mana entah artikel ini. Rasa macam tak cukup masa tapi teringin sangat nak berkongsi RAHSIA TULISAN SAYA . Jangan kutuk tahu (-____-"). Entri kali ini nampak sangat tidak cantik la, kan? Saya kesuntukkan waktu, komputer saya rosak, saya curi artikel, lepas tu bold je, keyboard @#@$@#, mau study, tuisyen lagi, L-A-P-A-R.
Tengok sahaja ya.
Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Yang saya bold kan itu semuanya ciri-ciri tulisan saya. Kamu, bagaimana?
Label: rahsia
FALL IN LOVE
Panda menekan kekunci keyboard @ 11:54 PG
FALL IN LOVE.ye tajuk besar tu. Saya sudah jatuh cinta dan manusia yang saya jatuh cinta ini bukan calang-calang orangnya.
eh, bukan pak cik sebelah rumah kamu ya. Nak kena ni.
Bukan juga dekat SPM yang nak dekat ni.
( SPM itu membencikan, haha )
Tapi dekat seorang lelaki yang T___T tak mahu bagitahu. Kamu dengarlah dia nyanyi dekat saya.
HAHA. Kamu cemburu? Tak payah. Dia sudah dedikasikan lagu itu buat saya. Para wanita yang lain, sila cemburu. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAUHUKUHUK.
Setiap malam mesti pasang mp3 dan dengar lagu dia. Kamu sebut sahaja, semua saya ada. Tengok? Sudah taksub lah,kan? Bukan. Saya suka lagu dia. Really religious dan ada meaning. Bukan nya macam lagu artis tempatan nyanyi sekarang ni. Entah apa-apa, cinta dekat boypren lah, hati patah lah. Tak ada kerja kah? Tak ingin nak support. Kamu support Panda life di China lagi bagus kan. Kan? Kan?
SAYA JATUH CINTA DENGAN MAHER'S SONG KETIKA BERADA DI MAKKAH. MEMANG 'OPEN my EYES' DUH!
Top song yang saya sangat suka dan saya PAKSA kamu suka juga! Ye, saya kejam orangnya. MUAHAHAHA.
- FOR THE REST OF MY LIFE
- THANK YOU ALLAH ( ALHAMDULLILAH)
- OPEN YOUR EYES
- BARAKULLAH
- THE CHOSEN ONE ( was dedicated to Muhammad SWT )
- ALLAHI ALLAH KIYA KARO ( hindustan duh! XD )
- INSYA-ALLAH
Sekarang saya nak stop dengar lagu Lady Agar Agar. Haha, comel gila nama dia. Macam tiada faedahlah bukan dengar lagu dia? Sudah, tukar Hitz. FM kepada AGAMA.FM . Haha.
"Maher Zain, I LOVE YOU!"
"What? Kuat lagi?"
"LOVE!"
"Nah mic. Kata dekat everybody kita couple"
"O_____O"
Khayalan tengahhari tamat di sini. (-___-") Susah dapat anak perempuan macam Panda ni kan?
Dah. Itu sahaja entri kali ini, nak pergi study sudah. Apalah membencikan mid-term exam ni!
T___________________________________T
Doakan saya kawan-kawan agar saya tidak koma ketika membuat kertas Add Maths. Haha.
p/s: Lupa nak update entri sempena 'Hari Ibu' yang lalu. T_T sudahlah saya buat 'cupcake' yang sangat comel buat mama saya, boleh terlupa nak update.
Label: study
Murid-murid, nanti besar nak jadi apa?
Panda menekan kekunci keyboard @ 4:08 PTG
"Nak jadi doktor, cikgu!"
"Saya nak jadi bisnesman macam bapa saya,"
"pengurus kedai dobi, cikgu!"
"Hantu cikgu!" . Budak ni ada revenge dengan cikgu dia kot?
***
Teringat masa kecik-kecik dulu, masa baru masuk darjah satu ke, darjah tiga ke. Cikgu minta perkenalkan diri lepas tu nak jadi apa nanti besar. Tapi, ada jugalah yang bercita-cita aneh macam jadi hantu.
Saya masa kecil sangat comel, dalam borang "cita-cita" di belakang buku kuning saya tulis .
Nama : Nik Amaleenis ( tak tipu, saya memang tulis nama macam ni )
Umur : Darjah 3
Kelas : VIP
Tuliskan tiga (3) cita-cita anda tika dewasa kelak :
- Jurutebang
- Bomba
- Polis
Dahsyat tak? Haha. Comel sekali. Tapi, yang polis tu memang ada keinginan sebab papa seorang polis jadi terkena tempias sedikit. Sudah menginjak remaja ni baru saya tahu, polis tak boleh berfesyen. Pakai baju hitam yang smart dan topi di kepala. Terus tukar.
By the way, entry ini dibawakan khas kepada abang saya. Dia inspirasi saya tulis tentang entry kali ini.
TAHNIAH! Anda telah terpilih mengikuti pengajian Asasi Undang-Undang di UiTM.
Woot. Alhamdullilah. Walaupun pada mulanya dia nak ambil TESL dalam English Communication, saya rasa baik dia ambil Asasi Undang-Undang. Orang pandai bercakap dan berleter memang sesuai masuk dalam law,kan? =___=
Law duit banyak. Lol. Itu je yang dipikirkan. Lepas tu pakai baju smart duh! Tergoda. Hahaha.
Eh, saya pun dah boleh menentukan jalan hidup sekarang ni. Sudah 17 kan. T__T Masa untuk kahwin. Eh, tak tak. Masa untuk menentukan hala tuju. Antara kerjaya-kerjaya yang saya set my eye on :
- Arkitek Landskap. Arkitek bangunan tak layak masuk. Haha.
- Interior Designer
- Lawyer. Ya, law sangat smart.
- Writer
- Painter
- Kindergarten teacher. Gila comel. Haha.
- Pianist
- Illustrator
- Owner Cake Shop. Ni pun tak boleh blah. Haha. Ala-ala secret recipe.
Tengok. Antara banyak-banyak kerjaya, saya lebih cenderung ambil arts. Tapi kenapa masuk kelas Science Stream T___T. Buat seksa jiwa dan raga je struggle nak paham Physics.
Sekarang saya buntu mahu pilih mana satu. Setiap kerjaya ada baik dan buruknya.
Lawyer
Kerjaya ni bagi saya rock and roll baby. Haha. Sebab baju hitam dia smart. Ok, alasan tak munasabah. Sebab dia involve baca dan hafal. I mean, please. Kalau saya boleh habiskan masa baca buku novel ke apa, buku law mesti boleh kan? Tapi, tak ada cerita love story la T_T. Semuanya cold case file. Dead people. Murderer. Serial killer. Without a trace. CSI. Zombie Kampung Pisang. Haha.
LANDSCAPE ARCHITECTURE
Sejak dulu lagi suka nama ARCHITECTURE walaupun tak tahu apa relevannya dengan kerjaya. Ini yang mama terapkan sebab saya suka seni, dia suggest architect. Okay, fine. Memandangkan kalau melukis pelan bangunan perlu pergi site saya cancel. Tak suka. Panas. Nanti kena pakai baju construction site yang warna kuning dan topi kuning juga. T_T Tak smart lah. Landskap itu boleh tahan kot. Setiap hari tengok benda-benda hijau. ^_^ Sudahlah rumah pun hijau T_T. Memang dunia hijau.
PAINTER
Nanti kamu jalan-jalan di Europe atau France, kamu jumpa saya. HAHA.
WRITER
Boring ah. Duduk dekat rumah pastu minum air cokelat panas. Taip. Taip. Taip. Pastu mengamuk sebab idea tak datang, lepas tu... Three.
ILLUSTRATOR
Nanti jadi partner Tony Bulat yang Pervert. Ya. Kamu kenal siapa tu. HAHA.
OWNER CAKE SHOP
WOOHOOO! Lepas tu masuk the biggest loser Asia T___________T
PIANIST
Waktu ada lesson with Miss Maggie mesti kelam-kabut sebab tak practise apa lagi. Lepas tu start mengamuk suruh Boboy tuka cerita Spongebob kepada Phineas And Ferb. Lame gila tengok kartun lagi. Haha.
KINDERGARTEN TEACHER
Ni lepas SPM part-time work. Ok. Cukup. Tiada lebih. Nanti ada pula yang masuk hospital kena belasah dengan budak kecil sebab mengajar Kapel itu haram sebagai pengajaran hari Jumaat. Lol.
INTERIOR DESIGNER
O-LA-LA. Bilik sendiri pun sudah berbulan posisi barang yang sama. Jangan berangan ah nak jadi ID. T___T
Lebih baik saya jadi suri rumah je. Haha. Ibu kau ratu hatiku. Lol. Comel.
Boboy lagi comel. Dia nak jadi Chef. o___O Bersedialah chef Wan, kerjayamu tergugat. Haha.
Nampaknya impian ibu dan bapa ( aneh sekali guna ni untuk refer mama dan papa haha ) nak tengok anak-anak mereka jadi doktor tak kesampaian. Tak suka jadi doktor. Nanti, pagi orang mati. Petang, orang mati. Malam orang mati. Nanti, mati pun jadi orang mati T___T. Scary tahu? Kalau bukan orang mati, orang sakit.
Ada orang cita-cita kerjaya dia lain sedikit daripada yang lain. Tapi, ya lah. Orang pandang rendah. Tak tahu kenapa. Ingat kamu tu best sangat ke kerja bawah air cond? Nanti masuk biggest loser tahu.
****
"Abang (ok, ni bukan abang saya ) rasa nak kerja dekat kampung je lah,"
Saya pun hairan. Kerja apa dekat kampung? Tauke kedai kopi?
"Boleh apa, macam Old Town Coffee, tapi tak Old pun. Harga mahal juga,"
Betul. Betul. Jadi, kerja apa dekat kampung?
"Petani ke, buat niaga kecil-kecil ke, takpun Ustaz dekat surau kampung"
Kenapa nak kerja macam tu?
Senyum. "Kerja macam mana pun, kalau tak diberkat Allah tak ke mana juga,"
"Kita kerja nak dapat dunia dan akhirat, tak rock la kerja dapat dunia je. Akhirat, so long,"
Terdiam saya. Kentut pun tak lepas.
****
Saya kadang-kadang terbaca dekat surat khabar ataupun cerita kawan-kawan. Ibu bapa mereka paksa masuk sana masuk sini. Kononnya nak biar anak pandai ke apa. Fine. Kalau dah sederhana budak tu dipaksanya jadi pandai, naya. Kesian. Nanti tak pasal-pasal tiga suku.
Teringat cerita ustazah dekat sekolah. Anaknya ni gemar kerja-kerja baiki apa-apa je. Ha, baiki hati sebab putus cinta tak boleh lah kan?
****
"Anak ustazah yang seorang tu, belajar tak adalah hebat mana, tapi dia suka kerja-kerja mekanik ni,"
kerja mekanik macam mana tu?
"Macam repair kereta. Kalau enjin rosak ke, tayar aneh-aneh sedikit dialah yang pertama detect. Tak payah nak hantar workshop,"
"Kalau orang repair kereta, dia sibuk nak jenguk juga dekat bawah tu,"
****
Tapi, apa yang berlakU sekarang ni, kalau anak dia tak lulus UPSR. UPSR ya! Bukan kerja ke apa. Bukan main mereka malu. Malah lagi teruk mereka 'kerjakan' budak tu dengan hantar ke tuisyen, bomoh, baca-baca dan semua. Helo parents. Ini menunjukkan kamu sendiri tak tahu kebolehan anak kamu, layak ke jadi parents? Bukan ke parents ni kerja dia galakkan anak mereka dalam apa jua bidang yang mereka kehendaki? Kalau teringin sangat nak jadi doktor, kenapa dulu tak mahu jadi? Huhu. Kantoi.
Yalah. Mungkin mereka malu sebab anak mereka tak pandai macam anak si A ni. Wah, tiba-tiba makcik Si A yang suka mengumpat masuk. Haha. Sila rujuk
entry Datin A untuk mengetahui Datin A ni adik adik *love love*
Lebih baik jadi petani tahu. Kerjaya terbaik dalam Islam. Kenapa? Dapat berkenalan dengan serangga dan kita berbakti kepada bumi kerana bercucuk tanam. sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil tangannya sendiri dan adalah Nabi Daud a.s memakan dari hasil tangannya sendiri. ”
Sejak balik ni, bukan main berdakwah secara blog o___o
Tengok-tengok, saya tak jadi apa-apa. Sibuk bagi ceramah dalam blog sendiri je. Duduk dekat rumah tengok Phineas and Ferb ataupun Chowder di cartoon network. Garu-garu. Makan tidur bangun mamai tidur balik. Orang masuk minang terus jadi orang minangkabau. Ish, masya-Allah. Tak senonoh betul. Haha.
... Kamu? Mahu jadi apa? Jangan tulis mahu jadi suami /isteri sudah dalam borang cita-cita sekolah rendah. Takpun ;
"cita-cita saya nanti besar mahu ada cukup kuota 4 isteri, 5 awek, 12 orang anak, "
o________________________________________________o
Label: kerjaya
Ibu, saya mahu KAPEL. Kapel itu HARAM, nak.
Panda menekan kekunci keyboard @ 2:48 PTG
Lirik daripada
Ibu, Saya mahu kawin. HAHA.
comel nampaknya Ibu membalas,
Kapel itu haram, nak.
Entry kali ini ada masalah bahasa ya readers. Jadinya, kapel itu bahasa rojak. Couple itu bahasa pasembor. Lol.
***
"Eh, Panda. Sekarang dah berpunya ke?"
okay, tipu. Orang tak panggil saya dengan nama Panda.
Punya? Punya apa kak?
"Ala, yang hati sebelah lagi la.."
Lepas tu, saya berhujah Biology dengan dia. Tercengang-cengang kakak tu.
Hati saya ada satu je mana ada dua T__T
***
Pernah berada dalam situasi ini?
Hey, jangan tipu. Walaupun kamu tu nerd (no offense, nerd dalam kata lain adalah budak tak berapa sosial ), pakai cermin mata tebal, rambut braid both sides mesti akan ada orang tanya soalan macam tu kan?
Do you? DO YOU? Buat macam Dory dalam Finding Nemo. Boboy la ni.
Eh, saya banyak kali tahu. Haha. Tapi, saya jawab senang je. "Tak ada, LALALA~" lepas tu blah. Sakit hatikan? Haha. Saya lagi sakit hati dengan soalan kamu. Syuh syuh.
Okay, kenapa saya macam tu? Bagi saya 10 alasan kenapa kamu kata kapel itu best?
Dalam masa 10 saat...
daaaa....5 saat....
Ha, panas tahu kerusi kamu. Aik, setakat 3 alasan, saya pun boleh bagi.
1. Kapel itu best
2. kapel itu best
3. kapel itu best
Dah. Kamu fail. Pergi ulang paper. Haha.
Jadinya, kapel itu budak budak hingusan pun tahu. Bayangkan, umur 12 tahun nak UPSR, ada orang bagi surat cinta LOL. Masa paper akhir UPSR pula tu. Ehem ehem
Rasa rimas tahu ada orang mengekor je pergi mana-mana. Kalau kucing yang saya tak kenal tiba-tiba bermanja manja berpeleseran di kaki, mahu taknya saya sepak. Tiba tiba ganas. Kalau orang? Saya smack-doll, mahu? Tak puas lagi, "wk, kte dating jum," kalau kate "x" dia merajuk la. Berhari-hari, kononnya. Padahal dalam tangan handset ke hulu ke hilir. Ini pengalaman orang la. Kalau saya gembira ok. Kenapa?
Saya la yang paling bersyukur kalau awak merajuk sebab tak perlu hantar SMS habis kredit masa dan juga tenaga. Ye, tenaga elektrik nak cas bateri, kan? (tiba tiba keluar 'Kan' Ustaz Herri HAHA )
Sometimes hari Ahad, surat khabar metro mesti keluar HOT NEWS punya. Anak gadis dilarikan orang utan. Gila comel Orang Utan larikan anak orang. Pastu dia letak kamu dekat atas pokok kawan dengan anak dia. Jadi Tarzan. Oit, jangan ingat kamu jadi Jane.
Sakitkan hati? Kalau orang bunian larikan tak apa juga, mereka itu bukannya nak bunuh kita ke apa. Ni orang utan nanti terjadi apa apa dekat kamu naya tak?
"Eh, tak apa. Boypren saya baik, hensem, good looking, macho"
Hukalah. Nak puji pun tak payah ah bagitahu saya.
setiap weekends nak keluar pergi shopping complex. Bukannya beli barang pun, jalan jalan, makan, balik. Sms. Lebih baik saya pergi Art Class lepas tu tatap muka Tony Bulat yang pervert. Lol. Dah la pakai baju terbalik. Ha, mengumpat.
Saya terbaca dekat
iluvislam yang kapel ini haram. Ya.
Suka baca tulisan saudara yang bertajuk, "Berapa banyak kali nak bagitahu kapel itu haram, tak caya sudah". Ramai orang kata, saya kapel cara islam.
Q : Ah, awak nak tanya
A : Silakan
Q : Ada kapel cara Islam ek?
A : Ya, steady slow. Lepas tu kawin. Cara Islam.
Q : Ada banyak cara ek nak kapel ni?
A : . . . .
Q : Cara apa lagi ada?
A : . . . .
Q : Hah? Hah? Hah?
Annoying sekali Q&A ni ya? Haha.
Mesti ada pembaca yang marah dengan saya dengan tulisan kali ini. Okay lah kamu nak marah. Nak buat macam mana? Mungkin kamu sedang berkapel sekarang ni dan rasa macam terkena batang hidung sendiri ke apa. Tapi, harus diingatkan. No offense, jangan ambil sehingga ke hati. Ini hanya coretan tak guna saya sahaja. Saya kan suka melalut.
Banyak saya terbaca dekat internet, "Remaja perempuan / lelaki terjun bangunan kerna ditolak cinta ". Sedih perasaan ibu bapa kamu tahu. Dibaginya kamu makan minum sekolah semua tapi sebab cinta kumbang, bunya layu T__T. Kalau kamu terjun daripada pokok cili tak apa la juga. Cendawan ke.
Kalau kita tengok kembali, kamu lebih banyak menanggung kesalahan dan dosa. Walaupun kamu ingat dengan cara bunuh diri semua dapat diselesaikan.
- Sesiapa yang 'mencabut nyawa sendiri' neraka jahanam tempat dia bersemadi nanti. Ustazah di sekolah pun selalu beritahu. Kamu tak pay attention?
- Masa depan yang cerah kamu memang bye bye
- Mendatangkan tangisan ibu bapa. Tahu berapa banyak dosa kamu dapat kalau buat ibu kamu menangis?
- Lelaki / perempuan yang tolak cinta kamu tu mungkin akan berasa bersalah seumur hidup dia kerana dia punca kamu bunuh diri.
- Menyusahkan orang lain. Nak kumpul tulang-tulang dan membersihkan jalan daripada darah kamu. Tak ke kesian?
Sekali kamu ditarik nyawanya, kamu tak boleh reverse balik. Malaikatul Maut takkan bagi chance ok. Bagi orang beriman, Malaikatul Maut itu datang pada kita dengan rupa pemuda tampan. Mungkin setampan Ben Barnes ataupun Matsumoto Jun? o_o; *sweat*
Namun bagi yang orang yang tidak beriman, Malaikatul Maut itu datang dengan rupa hitam legam, rambut berdiri, mata di hadapan dan di belakang, jeliran lidah seperti api. Nabi Ibrahim pengsan apabila dia pertama kali melihat Malaikatul Maut. Ngeri?
Kita dalam kategori mana ya?
- Beriman
- Tidak beriman
- Dua-dua
- Semua jawapan di atas saya tak ada idea
Bulatkan yang betul dan muktamad.
Peringatan : Walaupun kita Islam, belum bererti kita beriman. Walaupun kita Islam dan Beriman, belum bererti kita bertakwa. Siapa jawab tak baca ni, 50% tolak.
Eyh, saya kena tengok balik ni saya dalam kategori mana. Mana? Mana ni?
!
Nampaknya kita lari daripada tajuk. Haha, tak apa, nasihat hari Sabtu macam bagus juga. Ni gara-gara Art Class cuti sempena Hari Pekerja dan tak dapat jumpa Tony Bulat yang Pervert tapi Lukisan Sangat Lawa.
Saya terfikir juga, kalau saya ada teman lelaki mungkin saya akan berubah sikap lepas tu duit raya atau duit belanja sekolah sehari RM 1 habis dibelanjakan nak beli top-up. Cara pemakaian pula mesti dress dan tempel bedak, make-up. Ya lah, nak lawa o-la-la kan? Uih o_o mahu taknya saya dikejar oleh abang keliling rumah dengan kerusi rotan. Kesian saya T_T
Jadinya, sekarang saya officially taken and unavailable. *tiba tiba*
Ha? Panda, tadi kata tak ada teman lelaki?
Hohoho, ada lah. Itu, setiap hari lima waktu saya 'jumpa'. Kalau rasa hati nak jumpa lebih banyak, malam-malam buat solat sunat ke, yasin ke. Kadang-kadang syaitan jealous dia hasut saya tak payah 'jumpa'. Sibuk la dia tu. Nak skandal la tu. Dah pergi Makkah ni, kena ubahlah sikap. I BENCI SETAN.
Oooo...orait. Paham.
Erkk.. kamu ni sapa?
.... ta tau.