WEBMISTRESS DISCLAIMER TAGBOARD

Hello creatures! Welcome to my blog! Click the tabs above to explore my blog. This blog is written in Malay and sometimes English.Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a bag tag!
Photo of the everyyear

Postgirl
Perkhidmatan Postgirl boleh dibuat melalui :
Yahoo Messenger
sakura_alyyn@yahoo.com
Email
amaleenhanis@yahoo.com

Cerita lama
Februari 2010 Mac 2010 April 2010 Mei 2010 Jun 2010 Julai 2010 Ogos 2010 Oktober 2010 Disember 2010 Januari 2011 Februari 2011 Jun 2011

Perbualan

DarLinks

Abe's blog |Karnadya | Myaarmstrong | Farissa Hany | Hasif Hamsyari

Pengikut

Novel

RM10.90
Story is about a family and how the twins deal with their abang angkat
Classify as 18sx U
Simple. Senang di baca. Ada pictures. Fun. For you kids.
My first novel and maybe the new one will come out next year.
More into childhood memories, awkward moment, missing love, stupidity of the twins.
MY FIRST ATTEMPT. Wohoo! ♪

Coffee Shop

Where I always visit with a glass of choco milk ♥

♥ Body MassIndex Calculations
♥ WikiHow
♥ LuvClothez
♥ News
♥ PakarHowTo

Hari ni hari apa?
Panda menekan kekunci keyboard @ 10:37 PG




...Hari Ahad!

Ceeh. Main main pula. Kan hari ni...

HARI BAPA!
*bunga api, bunga air *

Ni entry dedikasi buat bapa-bapa Malaysia, Bapa Merdeka, Bapa Mithali dan bapa bapa yang lain.
Semestinya buat Papa saya Nik Mohd Shukri B Nik Ahmad .

Tak ada sambutan apa pun. Kek pun tak ada sebab papa tidak suka makan kek. Kan dah kata dalam sambutan hari jadi Papa ni yang Papa suka makan Nasi dan sate daripada makanan yang memudaratkan itu. Jadi, tunggu saja dia balik dari kerja kita makan nasi tengahari. Bajet murah oo sambut hari Bapa.

Tadi, saya pergi kelas memandu motorsikal. Bukan "moto hidup" kau. Haha. Sangat cuak.
Sebab saya pergi ke sana dengan penuh berdikari. Konon la. Konon. Selalunya dalam nak dapat lesen motor ni, dari ujian dan ceramah saya selalu pergi dengan papa. Sekali hari ini papa ada kerja saya pergi ke sana seorang. Lepas mama hantar, saya kata mama balik je lah. Sebab nak tunggu dua tiga jam mana sanggup. Lain papa. Mana dia berani nak biar anak dia tercongok macam tiang dekat sana sorang-sorang.

Lepas mama balik, tiba tiba saya rasa cuak semacam. Nak nangis pun ada. Sebab kat situ punyalah ramai manusia yang dalam bentuk "pepejal lelaki". Saya toleh kanan, lelaki. Toleh kiri ada lah spesis sama dengan saya tapi dia dengan mungkin teman lelaki dia.

Tak tahan saya call papa. Puuh. Harap papa angkat. Angkat. Angkat. Saya dah takut ni. Pehal kau takut tak pasal-pasal? Bukannya malam.
Lepas cakap sekejap. Saya dah relaks kejap. Pastu saya cuak lagi lepas nama saya di panggil untuk membonceng motor. Kau nak merempit pun boleh, kata pakcik jaga buku kedatangan tu.

Dengar cara pak cik tu cakap saya cuak lagi sekali. Saya terus hubungi talian hayat saya. Cakap sekejap, suara dah bergetar ni sebab dah terlebih cuka. Eh, cuak. Agak banyak juga lah dalam masa sejam tu saya call "talian hayat".

Lepas tu kat depan saya ni, ada lah pulak seorang makhluk Allah ni yang tak reti baca ke apa dia boleh merokok fuuuh fuuh depan saya.
Saya dah cuba cover hidung tak nak hidu ke apa tapi tu asap bukan solid ke liquid.

"Weh pak cik. Boleh tak jangan merokok dekat sini? Saya ada masalah hidung ni," kata saya dekat pak cik dengan muka tegas dan serius. Dia pun angguk angguk.

2 minit berlalu.

Ada lagi kepulan asap tu. Pak cik depan saya ni memang tak paham bahasa agaknya.
Saya pun marah lah dia. Cakap semua bad words.

"You..#*(&*(... you ^&*&(*#... dan you **&*&# "


- - - -

Khayalan tamat.

Berani sangat lah saya nak marah dan tegur pak cik tu. Dalam masa saya cover hidung tu saya terfikir nak buat macam tu lah. Terfikir je. Tak berani nak terang terang.
Huhu. :'(

Tadi dekat kaunter saya nak ambil kad saya balik. Tak sanggup saya nak buat kelas hari tu.
"Puan, dekat mana saya nak ambil kad saya?"
Wanita tu macam dah jeling dekat saya pastu dia tunjuk dengan mulut dia yang kad saya ada kat meja sebelah sana.

Eh eh eh. Apahal nak marah marah pula ni?
Mungkin dia marah saya panggil dia Puan kut?
Abis, takkan saya nak panggil Mak cik pula. Ada sesetengah orang, panggil mak cik bukan kemain jelingnya sebab rasa tua sangat.
Saya nak panggil kakak? Eh, nampak beza gila jarak umur kita orang. Abis, adik?
-_-" don't make me laugh. Kang aku histeria dekat sana kang.

Nasib baiklah dekat meja yang ada kad saya tu, seorang wanita ni sangat baik lah dengan saya sebab dulu saya penah berurusan dengan dia. Orangnya selalu senyum dan tak kisah banyak mana soalan yang papa tanya dulu.

Masa saya nak cakap dengan wanita tu, saya pun terfikir fikir. Nak panggil makcik ke, puan ke, kakak ke, ad.. ( ni tak yah cakap ), aunty ke.
Akhirnya saya pun ucap salam, perlahan je saya sebut "Puan" tu takut dia marah macam "adik" dekat meja hujung sana. Huhu.
Okay, dia macam dulu. Terima kasih kerana tak macam "adik" dekat sana tu!

Apa-apa pun, tak boleh ke prihatin sikit yang berkenaan?

Eh, kita bukan cerita pasal hari Bapa ke? HAHA :'( pehal aku suka melalut ni.

Jadi sempena hari Bapa ni saya tak sedia hadiah apa-apalah. Ada satu lukisan ni saya dah buat lama dah tapi saya terlupa nak bagi masa hari Bapa. Jadinya ;
excuse the colour. Tadi lightning tak bagus. Eceeh.

Tak tahu masa saya umur berapa saya buat ni. Memandangkan kami kecil lagi, 'Papa' pun muda Boboy tak ada lagi. ( Sebenarnya kesempitan ruang, tak tahu nak letak Boboy kat mana ) . Yang ikat rambut dua tu 'saya'. Konon la. Pehal rambut aku macam Geisha ? Yang baju biru tu 'abe'. Kat tangan dia bukan telefon nak ambil gambar 'papa' ke apa tapi bulu burung gagak ke merak ke. Nak usik 'papa' la biar dia bersin. HAHA. Lelaki 'hensem ' di belakang tu khayalan papa kalau dia kaya macam mana ya?

Tajuk gambar ni 'What your father wants to be?'
Saya nak lukis Superman tapi tak digalakkan dalam Islam sebab Superman pakaian dia tight. HAHA.
Di baju papa tu maksudnya ; "Otousan " / Ayah / 父
Sumpah pelik tapi sayang lukisan ni!

Oh, masa hari ibu saya buat "cupcake" FAKE one. HAHA.




Saya ingin nak buat dekat papa satu dengan tema "Panda" juga tetapi pakai songkok. HAHA. comel. Tapi, saya takut papa TERMAKAN JE!
Ni hanyalah TANAH LIAT berwarna! Bukan betul punya.

Di depan tu tertulis Kanji 母 "Ha ha " ( ni bukan gelak tapi cara sebutan dia, sound funny huh? )
maksud dia ; mother
Masa saya buat "cupcake" ni, Sir Michael ( Art teacher ) tanya saya nak buat bentuk apa, kat kepala saya terfikir seorang binatang je ; Panda . Lepas saya kata tu, adalah beberapa kanak-kanak ni terfikir nak buat Panda juga. Ah sudah. Curi idea ya kamu semua. Nasib baik kecik lagi.

Kat badan "Mama Panda" ni sebenarnya selendang pink. Aiyooh. Nak tengoklah Papa Panda pakai songkok. Hensem tak? Ecce :b

p/s : Ucaplah selamat hari Bapa dengan ucapan manis kepada bapa-bapa anda. :)
Kalau terlambat, kamu nak ucap dekat sapa lagi?

Pa, nanti kakak dah dapat lesen motor kita pergi makan Sate Hj Samuri. Boboy boleh duduk dalam bakul motor tu. Kakak bawa motor kapcai abe tu, ok? Kita konvoi tiga orang atas motor kecik tu.
Nanti kakak bayar.

You can let go now, Daddy


Label: