WEBMISTRESS DISCLAIMER TAGBOARD

Hello creatures! Welcome to my blog! Click the tabs above to explore my blog. This blog is written in Malay and sometimes English.Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a bag tag!
Photo of the everyyear

Postgirl
Perkhidmatan Postgirl boleh dibuat melalui :
Yahoo Messenger
sakura_alyyn@yahoo.com
Email
amaleenhanis@yahoo.com

Cerita lama
Februari 2010 Mac 2010 April 2010 Mei 2010 Jun 2010 Julai 2010 Ogos 2010 Oktober 2010 Disember 2010 Januari 2011 Februari 2011 Jun 2011

Perbualan

DarLinks

Abe's blog |Karnadya | Myaarmstrong | Farissa Hany | Hasif Hamsyari

Pengikut

Novel

RM10.90
Story is about a family and how the twins deal with their abang angkat
Classify as 18sx U
Simple. Senang di baca. Ada pictures. Fun. For you kids.
My first novel and maybe the new one will come out next year.
More into childhood memories, awkward moment, missing love, stupidity of the twins.
MY FIRST ATTEMPT. Wohoo! ♪

Coffee Shop

Where I always visit with a glass of choco milk ♥

♥ Body MassIndex Calculations
♥ WikiHow
♥ LuvClothez
♥ News
♥ PakarHowTo

Entry pasal Islam yang Indah
Panda menekan kekunci keyboard @ 9:22 PTG
Program berunsur Islamic yang mendapat tempat di hati para Muslim di seluruh dunia ini memang patut diiktiraf sebagai Program yang mampu membuka mata hati masyarakat muslim zaman ini.

Bersyukur sangat kerana program ini lain daripada... tak . SANGAT SANGAT lain dengan program *cough*Akademi Fantasia *cough* tu..

Pememangnya... semua dah tahu kan? Keluar dekat muka surat khabar depan lagi :)

Bagi saya kedua-dua Imam Muda ni sangat berbakat dan berilmu. Suka setiap kali kalau mudir tanya soalan mereka akan mencelah jawapan raka-rakan yang lain dengan hujah yang dperkukuhkan dengan ayat daripada Al-Quran.

Imam-imam ni pula bukannya imam yang belajar di pondok dekat kampung tapi di Universiti. Ada yang sampai Jordan, Mesir. Berpengetahuan luas ya ustaz yang ini. Jadi, persepsi masyarakat mengatakan ustaz / imam ni tiada pelajaran memang boleh disangkal SEKARANG.

Satu lagi, setiap kali tengok rancangan Imam Muda sangat suka tatap muka mereka. Subhanallah bersihnya air muka mereka. Tugasan setiap minggu saya suka sangat tugasan ; Zaman Kanak-Kanak. Nak menangis pun ada tengok anak-anak yatim piatu dekat pusat jagaan itu. Ingat nak buat drama air mata lah kan di rumah, tapi Boboy ada. Dia pun tengok Imam Muda juga. Nasib baik saya tuff. Air mata 'jantan' tahan tak keluar. *Bangga* Buang macam tu je air mata (*・_・)ノ⌒*

Antara ramai-ramai Imam Muda saya suka kedua-dua pemenang Imam Muda ; Hizbur dan Asyraf. Eceeh, firasat perempuan memang kuat. tengok, Imam Muda pilihan saya masuk final ~~~ヾ(^∇^) Jangan jeles ya lelaki semua.

Eh, ada sesiapa pernah tengok isteri imam Hizbur dan Asyraf?
Subhanallah, cantik. Memang jealous la makcik - makcik kalau pakcik-pakcik sekalian menatap wajah mereka. Memang sesuai dengan imam muda Ashyraf dan Hizbur tu.

Janji Allah itu benar.

"Mereka yang beriman akan ditemukan jua dengan pasangan yang beriman jua,"

Ramai orang kata, eh aku beriman. Aku tak tinggal sembahyang. Tak tinggal puasa. Tak buat apa-apalah yang ditegahkan oleh-Nya.
Tapi kan. Betul ke kita beriman? Ukur dulu baju di badan sendiri.
Nak pasangan yang beriman tapi diri sendiri tu tak tahu apa-apa pun.

Pernah sekali saya tengah bercerita dan berbual dengan kawan-kawan. Tiba-tiba topik kami termasuk dalam topik pemakaian tudung.
Kawan saya ni golongan yang tak pakai tudung. EH, boleh ke tulis macam ni?
Okaylah. Ada wanita yang pakai tudung dan tak pakai tudung. Boleh dikatakan dalam group tu saya seorang je yang pakai tudung.
Cerita kami ni termasuk dalam cerita , "Perempuan yang pakai tudung lebih teruk daripada perempuan tak pakai tudung,"
Dekat situ saya dah rasa semua orang pandang saya.

"What?" tanya saya.
"Kalau pakai tudung, bukan bermaknanya baik," kata kawan saya tu. Saya diam je la. Dalam hati saya nak membentak tapi saya cuba susun ayat. Elok elok. Persepsi kawan saya ni
Macam Imam Muda la kan. Eceehh.

"Kenapa cakap macam tu?"
"Tengok je lah dekat surat khabar. Macam-macam cerita pasal muslimah yang bertudung buat perkara keji,"

Bagi saya. Kawan saya ni nak menegakkan benang yang basah kerana dia sendiri tidak memakai tudung dan alasan kenapa dia tak pakai tudung sebab terpengaruh dengan muslimah yang lain. Pakai tudung tapi perangai . . .
Kata kawan saya lagi, baik tak pakai tudung. Orang tak bertudung tidak sekeji perempuan bertudung itu. Malahan, mereka yang tidak bertudung tidak banyak kes seperti perempuan bertudung.
Eh... panasnya hati ni. Kalau diikutkan hati nak saja saya karate-do. (Bila masa aku belajar karate ni?)

Tapi itulah hakikat sebenar kan?
Senang sahaja saya kata kat dia. Saya ni bukannya arif sangat dalam hal keagamaan lalu jawapan yang saya bagi ringkas dan apa yang saya rasa ikut pandangan saya.

"Okaylah. Bagi aku kan, orang yang tak pakai tudung tu dah sah sah lah dapat dosa. Bukan nak buat kau terasa, okaylah. Kau terasa (memang cepat je mulut ni, terus terkeluar kata-kata pedas daripada mulut hehehe). Tapi, orang yang pakai tudung ni ada dua. Satu pakai tudung tapi baju singkat, nampak lemak-lemak. Ada satu pakai tudung tutup semua. Tak nampak susuk tubuh maknyanya tutup aurat. Dua golongan yang dilaknat Allah adalah golongan pakai tudung tapi telanjang dan golongan tak pakai tudung. Aku tak nak komen lebih-lebih. Nak lebih lanjut tanyalah ustazah, kan senang? Nanti kita gaduh tak pasal-pasal, menangis tak berlagulah aku ,"

Kita tak yah gaduh-gaduh ya? (*・∀・)/♡\(・∀・*) Okay!

Peliknya saya. Yang sekarang ni fesyen pakai anak tudung yang ikat di belakang. Nampak bonjol unta ( ikatan rambut ) dan leher. Saya memang tak suka langsung pakai tudung macam tu. Sudahlah pipiku macam Panda pakai macam tu, nanti Panda kidnap buat macam anak sendiri. Tak apalah, tudung hitam yang dah dipakai sejak umur 12 tahun itu juga yang diletak atas kepala. Kita stick together-gether sampai akhir hayat ye?

Saya ingat lagi saya pakai tudung waktu umur 8 tahun. Di sekolah saya ada kawan nama dia Liyana. Hari itu ada kami berjanji esok pakai tudung pergi sekolah saya pun balik rumah kata kat mama nak pakai tudung. Esoknya pergi sekolah Liyana tak pakai pula. Terus buat "kita gaduh kejap" moment. Entahlah. Saya rasa waktu itu kot saya mula pakai tudung dah lupalah. Tapi, waktu tu kejap pakai kejap buka. Biasalah. Typical malay girl.. kan kan?

Walaupun saya pakai tudung tapi saya tak pakai baju labuh macam jubah atau baju kurung. Seperti yang anda baca dalam entry-entry lepas saya pernah mention saya sangat SUKA pakai baju abang atau adik (Boboy ) saya baju T-Shirt lepas tu saya pakai sarung lengan loose. Kalau anda perasan, baju perempuan T-Shirt yang dijual sangat ketat macam tukang jahit tu amateur ke apa tak pandai ukur. Apalah.
Mama selalu tegur kalau kami sekeluarga keluar pergi jalan-jalan atau pergi tusyen saya pakai baju macam baju saiz XXL. Okay silap. Double XXXXL. Ambik kau. HAHA.
Tak apa. Dalam Al Quran kan ada , pakai baju yang tak menarik perhatian dan warna pudar.
( Baru perasan selama ni baju tak pernah ada warna bright yellow, Orange, Red )

Selain itu, saya rasa selesa berpakaian macam tu sebab tak adalah nak tarik-tarik baju tak nak nampak perut buncit ke apa. Kadang-kadang orang pernah tengok saya macam saya ni budak-budak sesat di Jusco. Bayangkanlah dengan baju besar macam tu, saya pula tak jumpa cari Mama dan Papa. Handphone tak bawa (Saya tak suka bawa dompet dan Handphone) pakcik ni tengok saya penuh concern.
Sesat ke dik? Ikut pak cik pergi dekat kaunter pertanyaan tu, kita cari ibu bapa adik, ya ? (oooh, those memories... terima kasih ya pak cik, you're the best ) Haha.

Sejak tinggal di KL ni saya dapat culture ke electic shock ∑(O_O;)Shock!! . Perempuan mereka, fuhh up to date. Bila lah saya nak biasakan diri dengan keadaan macam ni? Mereka sangat.. er... dahsyat dalam pemakaian?


Serius. Tak pernah pakai baju macam dalam gambar ni. Pakain yang nak dekat sama adalah pemakaian yang E tu. Tapi, tudung tak sama. Baju tak sama. Baju saya semua paras lutut. ( Baju saya? Okay, baju abang dan adik T___T saja tahu kamu ).
Seluar. Okaylah. Seluar jeans ataupun sweatpants. Ceeh. Tak attractive langsung kan? Ya, tak attractive. Lelaki yang nak date dengan saya boleh cancel appointment sekarang. Email saya di
sayatakattractive@yahoo.com
Saya hanya date sama ( jejaka ini sahaja ). Jadi jangan harap. Saya ada sindrom Maher Zain. HAHAHA.

Pemakaian tudung perempuan zaman ni sangat meloyakan saya. Meloyakan?

Pemakaian tudung tapi macam bongol unta di belakangnya. Saya ingat kepala alien ke apa!
Pemakaian tudung macam ni sebenarnya salah kerana rambut itu aurat walaupun dah tutup, nampak bentuknya tetap dikira berdosa. Muslimah Turkey suka gayakan fesyen ni. Dan virus ni sudah sampai Malaysia. Lagi gerun daripada H1N1. Tak payah tengok jauh-jauh di sekolah kalau waktu perhimpunan saya nasihatkan jangan duduk di belakang pelajar Melayu okay?
Nanti tak nampak dekat depan sebab kepala mereka tinggiii sangat. Saya menyesal. Saya tak akan berdiri di belakang kawan saya lagi. Hai Lengloi!

Saya pandai nasihatkan orang lain, saya ni baik sangat ke? Ha? Ha? Ha? *muka annoying*

Tak. Saya ni nak kata baik, saya tak pernah mencuri ( curi pemadam kawan sebelah esok baru pulangkan itu dikira jahat juga? ), tapi saya pernah berbohong, pernah buat kawan marah, kadang-kadang tinggal solat, buat ibu bapa marah ( ya, maafkan kakak mama papa T______T ) , buli adik, gaduh dengan abang, rampas remote TV daripada Boboy, kadang-kadang marah tak bersebab ( psycho ..eh ! ) macam - macam lagi.

Saya tak baik tapi saya cuba nak jadi baik. Susah rupanya ya. Siapa kata senang? Angkat tangan jap.

Insya-Allah, saya nak perbaiki diri saya ☆彡 . Solat ni harap boleh kurangkan "perangai tinggal-tinggal solat". Nak jadi hantu ke apa. Nak banyakkan dengar lagu nasyid dan saya nak tanya sesiapa yang tahu lagu latar dalam program Imam Muda tu? Sedap nya lagu tu. Nak makan rasanya.

Saya penatlah. Esok birthday Mama yang ke [dot] . Typical women. Suka rahsiakan hari jadi mereka. Ishhh.



ヾ(´・∀・)ノ << ♪ Happy Birthday Mama ! ♪

Label: