saya sayang Papa saya, kamu?
Panda menekan kekunci keyboard @ 5:06 PTG
Jangan kisah dengan orang di belakang tabir itu. Mereka hanyalah watak sampingan.
image source daripada Encik Lawyer hampeh iniini quick entry. I think I REALLY need to post this entry. Papa sangat paranoid. Really. Paranoid itu macam sangat risau kalau anak dia ;
- terjebak dalam sosial melampau
- hisap rokok. hisap gula gula tak pe.
- ambil dadih * comel gila. dadah jadi dadih hahaha.
- anak tak makan
- terlebih makan tak mengapa ( boboy.. ops)
- keselamatan
Tadi
pertama kali lah Papa 'membenarkan' saya naik motor pergi sekolah. Punyalah dia tentang habis habisan. Sampai saya hampir tumpas. Then, saya dah cuak sebab lebih sebulan tak pergi latihan Taekwondo sebab tiada kenderaan.
Tadi punyalah saya excited. Saya ikut segala ajaran Papa naik motor ikut jalan ni, turun gear, turun kaki, turun bukit semua selamat sampai ke sekolah. Tapi, motor ni buat hal tiba tiba dia nenoneno pastu cakap "
Don't touch me!" Ok. Sorry. Saya terlupa saya dah kunci motor tu boleh pula saya duduk atas dia nak ikat kasut >_< !! Lebih kurang 4.15 petang saya nak pulang. Saya dah suspect ada kereta sebiji macam Papa dekat simpang yang tersorok. Masa saya nak keluar perkarangan sekolah kereta Honda kelabu tu perlahan-lahan undur belakang.
KONON-KONON TAK NAK BAGI SAYA NAMPAK DIA MENGINTIP!PAPA,
you are so funny. Seriously. I am glad to be your daughter and your loved ones :')
Sangat terharu Papa sanggup neglect kerja di pejabat sebab nak pastikan saya tak naik macam Minah Semput. HAHA.
Tadi terbaca entri abang,
ngelick sini! . Papa ada cakap kalau dia dah tua. Anak-anak dah kerja semua MESTI kita orang hantar Papa dekat Rumah Orang- Orang Tua.
NO
Saya tak nak comment apa-apa tapi,
agak terasa masa Papa cakap macam tu dengan nada yang sedih :'(
Abang sikit lagi nak melenting sebab cakap macam tu ;
"Takkanlah abe nak letak Papa dekat sana! Orang tak guna je yang letak mak bapak dia orang dekat sana!"
Ye Papa. Insya-Allah
kami akan jaga Papa macam Papa jaga kami masa kami kencing merata-rata pastu diapers bersepah dengan isi dia atas lantai.
Nak nangis dah. Jumpa lagi.
Macam annoying letak dua pic?
Kisah apa.
Bukan Papa kau. HAHAHA.
Hari ni hari apa?
Panda menekan kekunci keyboard @ 10:37 PG
...Hari Ahad!
Ceeh. Main main pula. Kan hari ni
...
HARI BAPA! *bunga api, bunga air *
Ni entry dedikasi buat bapa-bapa Malaysia, Bapa Merdeka
, Bapa Mithali dan bapa bapa yang lain.
Semestinya buat Papa saya
Nik Mohd Shukri B Nik Ahmad .
Tak ada sambutan apa pun. Kek pun tak ada sebab papa tidak suka makan kek. Kan dah kata dalam
sambutan hari jadi Papa ni yang Papa suka makan Nasi dan sate daripada makanan yang memudaratkan itu. Jadi, tunggu saja dia balik dari kerja kita makan nasi tengahari. Bajet murah oo sambut hari Bapa.
Tadi, saya pergi kelas memandu motorsikal. Bukan "moto hidup" kau. Haha. Sangat cuak.
Sebab saya pergi ke sana dengan penuh berdikari. Konon la. Konon. Selalunya dalam nak dapat lesen motor ni, dari ujian dan ceramah saya selalu pergi dengan papa. Sekali hari ini papa ada kerja saya pergi ke sana seorang. Lepas mama hantar, saya kata mama balik je lah. Sebab nak tunggu dua tiga jam mana sanggup. Lain papa. Mana dia berani nak biar anak dia tercongok macam tiang dekat sana sorang-sorang.
Lepas mama balik, tiba tiba saya rasa cuak semacam. Nak nangis pun ada. Sebab kat situ punyalah ramai manusia yang dalam bentuk "pepejal lelaki". Saya toleh kanan, lelaki. Toleh kiri ada lah spesis sama dengan saya tapi dia dengan mungkin teman lelaki dia.
Tak tahan saya call papa. Puuh. Harap papa angkat. Angkat. Angkat. Saya dah takut ni. Pehal kau takut tak pasal-pasal? Bukannya malam.
Lepas cakap sekejap. Saya dah relaks kejap. Pastu saya cuak lagi lepas nama saya di panggil untuk membonceng motor. Kau nak merempit pun boleh, kata pakcik jaga buku kedatangan tu.
Dengar cara pak cik tu cakap saya cuak lagi sekali. Saya terus hubungi talian hayat saya. Cakap sekejap, suara dah bergetar ni sebab dah terlebih cuka. Eh, cuak. Agak banyak juga lah dalam masa sejam tu saya call "talian hayat".
Lepas tu kat depan saya ni, ada lah pulak seorang makhluk Allah ni yang tak reti baca ke apa dia boleh merokok fuuuh fuuh depan saya.
Saya dah cuba cover hidung tak nak hidu ke apa tapi tu asap bukan solid ke liquid.
"Weh pak cik. Boleh tak jangan merokok dekat sini? Saya ada masalah hidung ni," kata saya dekat pak cik dengan muka tegas dan serius. Dia pun angguk angguk.
2 minit berlalu.
Ada lagi kepulan asap tu. Pak cik depan saya ni memang tak paham bahasa agaknya.
Saya pun marah lah dia. Cakap semua bad words.
"You..#*(&*(... you ^&*&(*#... dan you **&*&# "
- - - -
Khayalan tamat.
Berani sangat lah saya nak marah dan tegur pak cik tu. Dalam masa saya cover hidung tu saya terfikir nak buat macam tu lah. Terfikir je. Tak berani nak terang terang.
Huhu. :'(
Tadi dekat kaunter saya nak ambil kad saya balik. Tak sanggup saya nak buat kelas hari tu.
"Puan, dekat mana saya nak ambil kad saya?"
Wanita tu macam dah jeling dekat saya pastu dia tunjuk dengan mulut dia yang kad saya ada kat meja sebelah sana.
Eh eh eh. Apahal nak marah marah pula ni?
Mungkin dia marah saya panggil dia Puan kut?
Abis, takkan saya nak panggil Mak cik pula. Ada sesetengah orang, panggil mak cik bukan kemain jelingnya sebab rasa tua sangat.
Saya nak panggil kakak? Eh, nampak beza gila jarak umur kita orang. Abis, adik?
-_-" don't make me laugh. Kang aku histeria dekat sana kang.
Nasib baiklah dekat meja yang ada kad saya tu, seorang wanita ni sangat baik lah dengan saya sebab dulu saya penah berurusan dengan dia. Orangnya selalu senyum dan tak kisah banyak mana soalan yang papa tanya dulu.
Masa saya nak cakap dengan wanita tu, saya pun terfikir fikir. Nak panggil makcik ke, puan ke, kakak ke, ad.. ( ni tak yah cakap ), aunty ke.
Akhirnya saya pun ucap salam, perlahan je saya sebut "Puan" tu takut dia marah macam "adik" dekat meja hujung sana. Huhu.
Okay, dia macam dulu. Terima kasih kerana tak macam "adik" dekat sana tu!
Apa-apa pun, tak boleh ke prihatin sikit yang berkenaan?
Eh, kita bukan cerita pasal hari Bapa ke? HAHA :'( pehal aku suka melalut ni.
Jadi sempena hari Bapa ni saya tak sedia hadiah apa-apalah. Ada satu lukisan ni saya dah buat lama dah tapi saya terlupa nak bagi masa hari Bapa. Jadinya ;
excuse the colour. Tadi lightning tak bagus. Eceeh.
Tak tahu masa saya umur berapa saya buat ni. Memandangkan kami kecil lagi, 'Papa' pun muda Boboy tak ada lagi. ( Sebenarnya kesempitan ruang, tak tahu nak letak Boboy kat mana ) . Yang ikat rambut dua tu 'saya'. Konon la.
Pehal rambut aku macam Geisha ? Yang baju biru tu 'abe'. Kat tangan dia bukan telefon nak ambil gambar 'papa' ke apa tapi bulu burung gagak ke merak ke. Nak usik 'papa' la biar dia bersin. HAHA. Lelaki 'hensem ' di belakang tu khayalan papa kalau dia kaya macam mana ya?
Tajuk gambar ni
'What your father wants to be?'Saya nak lukis Superman tapi tak digalakkan dalam Islam sebab Superman pakaian dia tight. HAHA.
Di baju papa tu maksudnya ; "Otousan " / Ayah / 父
Sumpah pelik tapi sayang lukisan ni!
Oh, masa hari ibu saya buat "cupcake" FAKE one. HAHA.
Saya ingin nak buat dekat papa satu dengan tema "Panda" juga tetapi pakai songkok. HAHA. comel. Tapi, saya takut papa TERMAKAN JE!
Ni hanyalah TANAH LIAT berwarna! Bukan betul punya.Di depan tu tertulis Kanji 母 "Ha ha " ( ni bukan gelak tapi cara sebutan dia, sound funny huh? )
maksud dia ; mother
Masa saya buat "cupcake" ni, Sir Michael ( Art teacher ) tanya saya nak buat bentuk apa, kat kepala saya terfikir seorang binatang je ;
Panda . Lepas saya kata tu, adalah beberapa kanak-kanak ni terfikir nak buat Panda juga. Ah sudah. Curi idea ya kamu semua. Nasib baik kecik lagi.
Kat badan "Mama Panda" ni sebenarnya selendang pink. Aiyooh. Nak tengoklah Papa Panda pakai songkok. Hensem tak? Ecce :b
p/s : Ucaplah selamat hari Bapa dengan ucapan manis kepada bapa-bapa anda. :)
Kalau terlambat,
kamu nak ucap dekat sapa lagi?
Pa, nanti kakak dah dapat lesen motor kita pergi makan Sate Hj Samuri. Boboy boleh duduk dalam bakul motor tu. Kakak bawa motor kapcai abe tu, ok? Kita konvoi tiga orang atas motor kecik tu.
Nanti kakak bayar.
You can let go now, Daddy
Label: celebrate
Personaliti = Pokok pilihan
Panda menekan kekunci keyboard @ 1:29 PTG
Entry yang lepas kan saya dah kata.
Saya
hack email mama then saya curi segala forwarded mesej yang best best. LOL.
Jadinya, entry kali ni pun best sebab ada kaitan dengan personaliti diri.
Entry kali ni pendahuluan straight forward.
Tahap kemalasan hari Ahad yang melampau. Habis. Shut down. Tengok Chowder. Tak habis-habis dengan Chowder tau dia ni.
T____T dah saya ni masih berjiwa kanak-kanak kental lagi.
Okaylah. Sebelum kamu memulakan game ini. Eceh game. Tak. Sebelum itu, kamu ingat dahulu tarikh lahir kamu dan cari di lampiran bawah ini.
Lepas tu, tengok ditepinya pokok apa "kamu belong to". Lepas tu three. Lol. Lepas tu cari.
Panda punya tarikh lahir
24 Oktober 1993 cuba teka umur Panda berapa!
Main teka-teka lak dia. Tak sedar diri umur dah lanjut T__T Fine!
Panda adalah
WALNUT TREE!NYUMM. NYUMM. BURP. Opss.. kantoi sudah.
lepas tu baca apa dia. then semak, betul ke ni?
Memandangkan saya berkuasa mutlak di atas blog ini. Saya nak paparkan tentang personaliti saya dulu.
Walnut tree [ The passion ]- unrelenting
- strange and full of contrast
- often egoistic
- aggressive
- noble
- broad horizon
- unexpected reactions
- spontaneous
- unlimited ambitions
- no flexibility
- difficult and uncommon partner
- not always liked but often admired
- ingenious strategist
- very jealous and passionate
- no compromise
Aik? Macam banyak negative je. HEHE.
Saya
strange? Bet I am.
Boboy selalu takut nak cakap dengan kakak dia ni sebab kadang-kadang tanpa alasan yang munasabah dan kukuh tak nak jawab pertanyaan dia. Kejam la bukan? Nak buat macam mana. Saya kan
unexpected reactions. Lepastu, boleh bergurau tak ingat dunia walhal baru je bergaduh jelir jelir lidah. Musykil aku.
Unlimited ambitions . Ha? Nak kata apa lagi?
Why I don't have boyfriend up 'till now bukannya sebab "Kapel itu haram". Ah. Okay. Itu salah satu sebab. Tapi juga
difficult and uncommon partner. Am I that picky?!
Jealous and passionate. Diam lah. Kau pun sama juga. HAHAHA.
Not always liked but often admired. Huh? Part
not always liked tu memang betul sebab saya pun bukannya baik sampai satu dunia suka berkawan dengan saya tapi HAHAHA. Kau salah pilih orang nak
admired la kawan.
ingenious strategist tak tahu maksud dia. LOL. Tapi ingenious tu maksudnya have great mental ability. Wth? Bila masa pula ni??
Spontaneous dalam bab menipu. O_O Alamak. Kantoi sudah.
Beberapa "ciri personaliti" Panda sudah anda ketahui tanpa segan silu. Tak malu ke?
Yang lain tu
no comment sebab
saya sendiri tak tahu diri saya sendiri macam mana nak comment lebih lanjut.
Anda pula bagaimana?
// Entry tamat tiba-tiba tanpa salam sebab rasa sangat malas.
Boring Sunday day!
Sebab guru nak tukar kerja + BI tu SUSAH!
Panda menekan kekunci keyboard @ 1:57 PTG
hari ni pergi kelas udang tapi tak booking tak boleh ambik mood tak baik.Tadi hack mama punya email. Sekali dengan isi-isi email saya kaut ambik pastu forward.
Antara banyak-banyak email tu, 90% dihantar oleh anonymous .
Ada entry berguna, ada entry terguna-guna, ada entry yang tidak berguna.
Dalam banyak-banyak forward mesej tu, mesej kelakar yang saya nak post dekat blog ini. Sekadar berkongsi. Tak salahkan kadang kala mempamerkan gigi ronggak depan kita tu?
Second one.
Imaginasi budak ni memang ah. Salute.
Ni "mathematics genius" pula. Kalau korang tak gelak yang ni, memang something wrong.
Yang ni, kalau boleh nak try dalam additional maths.
ok tak?
Kalau anda nak lagi. Kenal tak dengan
entry ni? Ingat lagi dengan paper Sejarah tu?
Antara spesis-spesis budak kat atas ni hah. Siapa lagi kalau bukan ,
jejaka law ni.
Jangan ingat kamu tidak tahu jawab Sejarah kamu tidak boleh ambik law. Dan, Albert Einstein takkan jadi biul kalau dia tak cipta E=mc².
Budak-budak zaman ni punya formula,
E=mo²
itu satu hal.
ni hal lain pula.
Ingat tak tentang goggle chrome pun jahil juga ?
Kalau teknologi pun jahil, dia ni?
Ooo. Ramai juga yang biul biul dalam dunia ni.
Label: lucu
Pray for them
Panda menekan kekunci keyboard @ 9:55 PG
If we don't who's gonna?
Pray for them who suffered from those tragic reality.
Pray for the
children,
Pray for the
woman,
Pray for the people who
JihadPray for the
ship MV Rachel Corrie ( was named after US student killed by Israeli army bulldozer as she protested over Gaza House demolitions ).
Arabs In The Eyes of The WestStop the cruelty.
Siapa lagi mahu berdo'a kalau bukan muslim sekalian?
DRAMA JEPUN
Panda menekan kekunci keyboard @ 9:00 PG
Siapa suka angkat hidung!
Melampau pula budak Panda ni suruh angkat hidung...
.
.
.
.
Tipu kata tak suka drama J! Tipuu.. Boooo sama dia.
.
.
.
.
.
LOL.
Panda pula tak tahu sejak bila telah disogokkan dengan cerita-cerita drama Jepun ni. Dulu Korean punya drama setakat
Winter Sonata tu je. Tu pun sampai sekarang tak ada CD dia sebab mahal. Tengok je lah video tersekat-sekat dekat Youtube tu hah. HAHA. Dulu drama jepun pertama tengok rasanya anime. Perggh. Sudah besar panjang pun tengok anime lagi? Biasalah saya. Memang childish tapi thanks to that,
i improve my drawing. Yosh. My drawing most likely influenced by anime thank you. I really love you anime.
Ada sesetengah kawan-kawan saya yang sampai sekarang sangat
innocent tidak tahu apa itu drama Jepun dan anime. Tapi! Itu sebelum saya datang. Sekarang, mereka bukan lagi
innocent. It sad to say this but, mereka
sudah terpengaruh dengan drama jepun bagai T_____T. Saya pembawa pengaruh buruk. Entah apa jadi dengan thumbdrive mereka. Penuh gambar-gambar drama jepun dan lagu. Aiyaa.
teruklah bukan?
Thumbdrive saya lagi la. Papa beli yang bapak gajah punya besar pun sudah hampir penuh.
HAMPIR PENUH! Entah apa benda saya letak dalam tu =_= nanti kena
confiscated some lor. "Orang lain pun nak guna juga bukan kau sorang je!"
Yela. Yela.
Kawan saya sorang ni sudahlah gila dengan drama jepun sampai CD saya dia tak pulang-pulangkan. HA. Aku tengah cakap dengan kau ni YANA. HAHA. Padan muka nama kau dah ada dalam blog aku.
Blacklist.Biasanya, kalau satu drama / anime keluar saya tengok dekat youtube. EH JAP. Bagi segmen 'melepaskan kemarahan' jap.
INHALE.
Entah apa-apa YOUTUBE ni! Orang nak guna pun tak bagi tengok! Kejap-kejap sekat! Kejap-kejap 'media error'. Arghh! Sekarang kena beralih ke Veoh.com sudah. TENGOK?! Bukankah kau kehilangan seorang pendengar tegar di website tu? Arghh! Sekarang youtube kena tengok dekat laptop papa je! Nyanyuk youtube.
EXHALE.
ok. dah.
Ha. Sebelum saya usha anime dan drama jepun ni saya suka tengok / godek godek jap apa isi kandungan cerita dan OST (original sound track ) in case kamu tak tahu.
Eyyh. Eyyh. Boboy sudah muak kalau lalu depan bilik ke, dengar ringtone phone ke, masuk bilik saya ke,
mesti berkumandang lagu jepun dengan buku manga bersusun atas rak. Maafkan kakakmu kerana terlampau cintakan
Japan guys semua berkaitan dengan Jepun.
Sampai dia pun kata, "Kenapa tak tinggal Jepun je nanti?"
Ohh! Cadangan yang bagus. Siapa nak sponsor?
Tak de sape.
Ok, fine.
NEXT!
Kalau kamu memilih untuk download daripada membeli ;
Boleh. Tak mengapa.
SIAPA KATA?
Saya.
LOL. Kalau kena serbu oleh pihak bomba jangan marah saya.
Apa hal pulak pihak bomba nak serbu rumah ni?
OK. MOVE ON.
tapi
jangalah asyik mendownload je. Series end kalau tiada sesiapa membeli. Dan, jangan support lanun. Bukan Pirate of caribbean tapi cetak rompak.
Apa kelebihan dan keburukan download?
Port Disk kena besar. Macam saya punya, sekarang dah hang sebab komputer buruk je.Masa nak tunggu download itu. Lebih kurang seminggu, habislah download 4 episode. HAHAQuality. Tak payah cakap. Download punya quality lagi baik dari beli. MENGAPA YA?Kadang-kadang ada virus. Aiyooh.DUIT. Some download site tawarkan harga jauh lebih murah dari luar.Mungkin kena bann sebab user Malaysia kaki mengdownload tapi bukan kaki mengupload. Tak apalah, kita sama je perangai. MAKANAN. Kenapa pula? ENTAH. Sengaja nak letak. HAHAHA. Useless point yang ni, ignore je.
Ada dua cerita yang saya nak kongsi dekat sesiapa yang nak tengok cerita baru. Bagi peminat tegar sekalian ;
Ini cerita baru keluar 2010.
My darling is a foreignerCerita based on
true story manga-ka wanita yang berkahwin dengan mat saleh. Tengok trailer dia pun sudah sangat comel >0< . Bila nak keluar kat Malaysia ni???
Sebelum click link, Warning! Japanese Language content. HAHAHAHA.
Second;
I'll give my first love to you(Boku no hatsukoi o kimi ni sasagu )Sangat panjang lah dia punya JP title dan tak paham. Tulis dalam BI je. OKAY. Cerita ni masa 2009. YE. Saya terlambat T___T Omg. Kalau 2009 mesti dah keluarkan 2010? YOSH. Ramai-ramai beli jom.
Cerita ni award winning manga and anime. So, dia adaptasi ke live-action. Well. Story involved this two childhood sweetheart. This guy suffered from heart disease. Dia hanya boleh hidup sebelum sampai 20 tahun. Okay. RATE.
Actor & Actress : Super hot n cute! 10/10
Story : Perfect for those yang suka sweet storyline. Ok. Pass! 10/10
Theme : Creator sangat suka dengan bunga CLOVER.
Meaning : CLOVER. [C]LOVER . C= SHE . LOVER= LOVE. SO...
SHE LOVER. Comel bukan?
Dua cerita ni dalam tangan. Nak beli nak beli. Siapa nak sponsor? hehehe.
Satu lagi;
Sesiapa yang ada Animax [715] dekat rumah. Kalau ada lah. Mesti pernah tengok "Jigoku Shoujo" bukan? Ataupun "Hell Girl". Saya dan Boboy tak tidur malam tengok cerita tu last-last kami masuk satu website ni. Serupa dengan Jigoku Shoujo punya service. Siapa yang pernah tengok boleh layari website ni ;
Enter the name you wish to have revenge on.
To look more real, do it on midnight. LOL. Just for those yang pernah tengok Hell Girl. Yang tak pernah blah. Korang tak paham perasaan itu. Eceeh ceeh.
I just sent the whole world to hell. I guess Enma Ai must be really busy right now. LOL.
Well. Sebiji macam dalam cerita. Siapa yang pandai-pandai buat ni? LOL.
P/S : Siapa yang percaya karut ni, korang memang ar.. khurafat doh. HAHA. Suka-suka je.
Ingat nak cerita pasal anime...
OK! CUKUP PANDA! BUKAN SEMUA ORANG SUKA TENGOK ANIME.
tapi...
CUKUP! CUKUP! TENGOK DEKAT ANIMAX SUDAH.
ye la..sibuk je.
APA?!
tak de pape..
Sebelum saya memblahkan diri. Nah. Teaser.
Opss. Silap letak gambar pula. HAHAHA.
NAH NAH NAH.
Puas hati? PUAS? PUAS?